Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Cuti dalam negeri: Permintaan bilik hotel naik seganda

Permintaan bagi bilik-bilik hotel di beberapa kawasan di Singapura dilaporkan naik seganda bagi musim cuti hujung tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Oct 2020 07:56PM Dikemas Kini : 04 Oct 2020 09:00PM

SINGAPURA: Permintaan bagi bilik-bilik hotel di beberapa kawasan di Singapura dilaporkan naik seganda bagi musim cuti hujung tahun ini.

Prestasi tempahan hotel lebih baik itu dilaporkan ketika penduduk tempatan memanfaatkan baucar S$100 untuk membantu memulihkan sektor pelancongan di sini.

Pihak hotel juga cuba menarik para pelanggan dengan pelbagai tawaran unik.

Millenium Hotels and Resorts misalnya menawarkan pakej menaiki kereta mewah limusin, pengalaman belayar di atas kapal mewah dan jamuan piknik di pantai.

Kumpulan syarikat itu menawarkan khidmat di luar kebiasaan bagi menarik pelancong tempatan.

Malah ada hotel di sini yang melaporkan 3,000 tempahan bagi musim cuti hujung tahun ini.

Pihak hotel juga menjangkakan sambutan akan lebih menggalakkan apabila baucar S$100 boleh mula digunakan dari Disember ini hingga Jun tahun depan.

Wadah tempahan hotel Klook pula mendakwa 60 peratus bilik hotel tempatan telah habis dijual untuk tiga bulan akan datang.

Klook sedang bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) untuk menawarkan pakej-pakej sebagai sebahagian kempen SingapoRediscovers.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan