Skip to main content

Kewangan

COVID-19: Sokongan perniagaan akan dikurangkan secara bertahap

Bantuan JSS akan dilanjutkan tempoh, namun dikurangkan jumlahnya; terdapat bantuan lain bagi pemandu dan penyewa kedai, sedang S'pura langkah keluar dari "fasa penstabilan" COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Sokongan perniagaan akan dikurangkan secara bertahap

Gambar fail sebuah pusat beli-belah di S'pura (Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 20 Nov 2021 03:48PM Dikemas Kini : 20 Nov 2021 03:50PM

SINGAPURA: Sedang Singapura keluar daripada "fasa penstabilan" menguruskan pandemik COVID-19, Pemerintah akan mengurangkan langkah sokongannya kepada perniagaan, umum Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (20 Nov).

Skim Bantuan Pekerjaan (JSS)akan dilanjutkan selepas 21 November, namun dikurangkan daripada 25 peratus kepada 10 peratus bagi tempoh antara 22 November hingga 19 Disember bagi perniagaan makanan dan minuman (F&B), peruncit, pawagam, muzium, galeri seni, tapak bersejarah, tempat hiburan keluarga, perniagaan pelancongan, gim dan studio kecergasan serta syarikat pendidikan seni dan seni persembahan.

Pun begitu, akan ada pengecualian sewa setengah bulan untuk pemilik kedai makanan masak dan pegerai di pusat-pusat yang diuruskan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) atau pengendali yang dilantik NEA.

Terdapat juga bayaran Dana Bantuan COVID-19 bagi Pemandu sebanyak S$10 bagi setiap kenderaan setiap hari pada Disember, ditambah daripada S$5 seperti yang diumumkan sebelum ini, diikuti dengan bayaran sebanyak S$5 setiap kenderaan sehari pada Januari 2022 untuk pemandu teksi dan kereta sewa privet.

Jumlah keseluruhan langkah-langkah sokongan adalah S$90 juta. Ini akan dibiayai daripada pendapatan yang lebih tinggi dari jangkaan yang dikutip setakat ini, menurut MOH.

Pemerintah tidak lagi keluarkan rizab negara, tambahnya.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita