COVID-19: Lembaga pengarah, pengurusan kanan ComfortDelgro Group potong gaji sehingga 20%
Kumpulan syarikat ComfortDelgro pada Isnin (6 Apr) mengumumkan lembaga pengarahnya serta pengurusan kanan syarikat itu akan secara sukarela mengambil potongan gaji di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang berterusan.
(Gambar: Edgar Su/REUTERS)
SINGAPURA: Kumpulan syarikat ComfortDelgro pada Isnin (6 Apr) mengumumkan lembaga pengarahnya serta pengurusan kanan syarikat itu akan secara sukarela mengambil potongan gaji di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang berterusan.
Para pengarah tiga syarikat kumpulan itu - ComfortDelGro, SBS Transit dan VICOM - akan secara sukarela mengambil potongan yuran pengarah sebanyak 20 peratus sehingga hujung tahun ini.
Gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan itu merangkap pengarah pengurusannya, Encik Yang Ban Seng, dipotong 15 peratus manakala gaji bagi semua kakitangan pengurusan kanan berpangkat naib presiden dan lebih tinggi pula akan dipotong sebanyak 10 peratus.
Ia berkuat kuasa mulai April dan akan disemak pada hujung bulan Jun, menurut kumpulan tersebut dalam kenyataan medianya.
Pengerusi kumpulan Lim Jit Poh berkata langkah itu perlu di tengah-tengah cabaran berterusan sekarang.
Salah satu keutamaan kumpulan itu adalah untuk mengekalkan pekerjaan, kata Encik Yang.
Pada Sabtu (4 Apr), ComfortDelGro mengumumkan sewa teksi ditiadakan selama sebulan untuk membantu para pemandu teksinya. Ini setelah Pemerintah mengumumkan semua tempat kerja dengan khidmat tidak penting serta sekolah akan ditutup untuk membendung penularan COVID-19.
Seperti diumumkan sebelum ini, pakej pelepasan sewa akan dilaksanakn semula setelah pengecualian sewa penuh berakhir pada 5 Mei.
Secara keseluruhannya, pakej bantuan bagi pemandu teksi ComfortDelGro dijangka bernilai sehingga S$99 juta.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.