Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

ComfortDelGro, SBS Transit dapat CEO baru

Anggaran Waktu Membaca:
ComfortDelGro, SBS Transit dapat CEO baru

Bakal Pengarah Urusan dan CEO kumpulan ComfortDelGro, Cheng Siak Kian (kiri), dan bakal CEO kumpulan SBS Transit, Jeffrey Sim (kanan). (Gambar: ComfortDelGro, SBS Transit)

SINGAPURA: ComfortDelGro pada Khamis (8 Dis) mengumumkan Encik Cheng Siak Kian akan mengambil alih jawatan sebagai pengarah urusan dan CEO kumpulan mulai 1 Januari 2023. 

Beliau menggantikan Encik Yan Ban Seng, yang telah menerajui kumpulan itu selama lima setengah tahun yang lalu, menurut ComfortDelGro dalam kenyataan medianya. 

Encik Cheng, 53 tahun, buat masa ini ialah CEO kumpulan SBS Transit, cabang ComfortDelGro, dan berkhidmat sebagai Timbalan CEO kumpulan ComfortDelGro sejak Mac. Beliau akan melepaskan kedua-dua jawatan itu apabila menggalas peranan barunya tahun depan.

Dalam satu kenyataan media berasingan pada Khamis, SBS Transit mengumumkan bahawa Encik Jeffrey Sim Vee Ming akan mengambil alih Encik Cheng sebagai CEO kumpulan, juga berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023. 

Encik Sim, 46 tahun, merupakan CEO perniagaan kereta api SBS Transit dan akan mengekalkan jawatannya itu.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Kewangan kumpulan ComfortDelGro akan mengambil jawatan sebagai Timbalan CEO kumpulan sambil mengekalkan jawatannya itu. 

Dalam satu kenyataan mengenai pelantikannya, Encik Cheng memberi penghargaan  kepada Encik Yang, 66 tahun. 

"Ban Seng memimpin kumpulan ini melalui beberapa tempoh sukar. Beliau melakukan kerjanya dengan amat baik, memastikan pekerjaan dikekalkan sementara mengharungi pelbagai cabaran, terutama sekali sepanjang dua tahun yang lalu," katanya. 

"Kali ini, giliran saya untuk merancakkan momentum pertumbuhan." 

Encik Cheng juga berharap terdapat peluang untuk ComfortDelGro berkembang di bawah pimpinannya. 

"Dengan sokongan pekerja kami, saya yakin kami akan terus meluaskan dan mendalami keupayaan kami," kata Encik Cheng. 

"Perniagaan bas dan teksi akan terus menjadi enjin pertumbuhan kami, tetapi kami berharap untuk menambah khidmat kereta api sebagai enjin kukuh ketiga kami sedang kami melebarkan sayap ke luar negara. Sedang kami mengembangkan perniagaan kami, kami juga akan meningkatkan pencapaian dalam aspek kemampanan." 

Encik Sim juga berharap untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan.

"Saya sangat berbesar hati dengan keyakinan yang diberikan kepada saya untuk memimpin SBS Transit ke fasa pertumbuhan baru dalam sekitaran yang amat rumit," menurut kenyataan tersebut. 

"Banyak yang perlu saya lakukan, tetapi saya bertekad untuk melakukannya dan bersama dengan pekerja SBS Transit yang  bersemangat, kami akan memanfaatkan kekuatan kami untuk mencapai lebih lagi untuk menjadikan setiap perjalanan mampan dan selesa bagi penumpang kami."

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan