ComfortDelGro perolehi syarikat Buslink dari Australia dalam perjanjian S$187 juta
ComfortDelGro memperolehi syarikat bas Australia, Buslink, pada harga bernilai A$191 juta (S$187 juta) - pemerolehan terbesar syarikat tersebut di negara itu sejauh ini. Demikian diumumkan oleh ComfortDelGro dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin (5 Nov).
SINGAPURA: ComfortDelGro memperolehi syarikat bas Australia, Buslink, pada harga bernilai A$191 juta (S$187 juta) - pemerolehan terbesar syarikat tersebut di negara itu sejauh ini. Demikian diumumkan oleh ComfortDelGro dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin (5 Nov).
Perjanjian itu akan dibuat menerusi anak syarikatnya ComfortDelGro Corporation Australia dan tertakluk kepada kelulusan kawal selia.
Ia merupakan pemerolehan kelima ComfortDelGro di Australia tahun ini, termasuk perjanjian yang dimeterai dengan Tullamarine Bus Lines di Victoria dan Coastal Liner Coaches di Sydney.
Dengan pemerolehan terbaru itu, ComfortDelGro akan beroperasi di New South Wales (NSW), Victoria, Australia Barat, Canberra, Wilayah Utara dan Queensland.
Pembelian Buslink, iaitu salah sebuah syarikat bas privet terbesar di Australia, penting atas dua perkara, menurut ComfortDelGro.
"Ia menyediakan ComfortDelGro dengan akses segera kepada Wilayah Utara dan Queensland - yang merupakan kawasan yang belum diteroka syarikat itu - dan ia juga membolehkan syarikat tersebut untuk mengembangkan operasi basnya yang sedia ada di New South Wales dan Victoria," menurut pengendali pengangkutan tersebut.
Perjanjian itu juga adalah yang terbaru dalam siri pemerolehan-pemerolehan baru oleh syarikat itu sedang ia "menyusun semula" dirinya.
Buslink beroperasi di lapan lokasi di empat wilayah Australia dengan operasi meluas di Wilayah Utara, menyediakan khidmat bagi hampir kesemua operasi bas sekolah di Darwin dan sekitar 70 peratus rangkaian pengangkutan di kawasan bandar.
ComfortDelGro pertama kali menembusi pasaran Australia pada tahun 2005, di mana ia memperolehi perniagaan dan aset Westbus Group, iaitu pengendali bas terbesar di New South Wales.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.