Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

ComfortDelGro menang kontrak S$1.13 bilion bagi kendali khidmat kereta api Auckland

Kontrak bermula Jan 2022 itu adalah kali pertama ComfortDelgro tembusi pasaran kereta api luar negara.

Anggaran Waktu Membaca:
ComfortDelGro menang kontrak S$1.13 bilion bagi kendali khidmat kereta api Auckland

Sebuah kereta api di Auckland, New Zealand (Gambar: ComfortDelGro)

Diterbitkan : 27 Aug 2021 06:28PM Dikemas Kini : 27 Aug 2021 06:37PM

SINGAPURA: ComfortDelGro memenangi kontrak bernilai S$1.13 bilion untuk mengendalikan khidmat kereta api di Auckland, New Zealand.

Menurut ComfortDelGro hari ini (27 Ogos), kontrak itu akan bermula pada 16 Januari 2022 bagi penggal awal selama lapan tahun, dengan pilihan untuk melanjutkannya.

Ini merupakan kali pertama ComfortDelgro, yang mengendalikan beberapa khidmat bas dan teksi di Australia dan United Kingdom, menembusi pasaran pengangkutan darat New Zealand.

Ia juga merupakan kali pertama syarikat itu menebarkan sayap ke dalam pasaran kereta api luar negara.

Auckland Transport memberikan kontrak kepada Auckland One Rail (AOR) iaitu usaha sama 50:50 antara ComfortDelgro dengan UGL Rail Services, sebuah syarikat operasi dan penyenggaraan rel dari Australia.

Di bawah kontrak baru tersebut, AOR akan bertanggungjawab atas semua khidmat penumpang di bawah Francais Rel Auckland.

Ini melibatkan lebih 4,000 khidmat kereta api seminggu, meliputi 42 stesen di merata Auckland. 

Sumber : CNA/ZM/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan