Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

ComfortDelGro beli 90% taruhan penyedia khidmat pengangkutan mesra kerusi roda

ComfortDelGro menyatakan pada Isnin (10 Jan) ia akan memberi 90 peratus taruhan dalam penyedia khidmat pengangkutan dengan akses kerusi roda Ming Chuan Transportation dengan belanja S$8.5 juta.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: ComfortDelGro menyatakan pada Isnin (10 Jan) ia akan memberi 90 peratus taruhan dalam penyedia khidmat pengangkutan dengan akses kerusi roda Ming Chuan Transportation dengan belanja S$8.5 juta.

Pembelian itu akan dilakukan menerusi anak syarikatnya, ComfortDelGro MedCare.

Ia melibatkan semua 76 kenderaan milik Ming Chuan serta 86 kakitangan dan pemandunya, menurut ComfortDelGro dalam satu kenyataan media.

"Sebaik selesai pemerolehan itu, ComfortDelGro MedCare akan mempunyai 92 kenderaan keseluruhannya, mengukuhkan kedudukan syarikat ini sebagai penyedia khidmat pengangkutan dengan akses kerusi roda yang terbesar di Singapura," ia menambah.

Diasaskan pada 2004 sebagai sebuah syarikat pengangkutan mesra kerusi roda profesional di Singapura, Ming Chuan kini mempunyai enam pelanggan yang mengendalikan sebuah rangkaian pusat jagaan harian dan kurang upaya fizikal di merata Singapura.

"Permintaan bagi khidmat sedemikian kekal kukuh semasa pandemik kerana banyak keluarga memerlukan bantuan untuk menjaga anggota keluarga mereka yang sudah lanjut usia, ramai yang menghidap penyakit kronik atau masalah perubatan yang serius," kata ComfortDelGro.

Ia menambah pendapatan Ming Chuan meningkat 15 peratus pada 2020 berbanding 2019, meskipun di tengah-tengah "langkah pemutus rantaian jangkitan" COVID-19.

ComfortDelGro MedCare, dilancarkan pada Mac 2021, menawarkan khidmat pengangkutan pesakit dan khidmat pengangkutan khusus bagi mereka yang mengalami masalah pergerakan serta kumpulan dari pusat jagaan harian atau jagaan kesihatan, institusi perubatan dan agensi khidmat sosial.

Ia ingin "memperluas dan mengukuhkan kedudukannya dalam sektor pengangkutan perubatan yang berkembang" menerusi pemerolehan itu, menurut ComfortDelGro.

"Peluang ini tiba tepat pada masanya di tengah-tengah permintaan yang semakin bertambah bagi khidmat pengangkutan untuk penumpang yang mengalami pergerakan terbatas dan golongan warga emas," kata CEO ComfortDelGro MedCare Lim Tien Hock.

"Tentu sekali sektor jagaan kesihatan menyaksikan pertumbuhan kukuh sepanjang dua tahun lalu di tengah-tengah pandemik."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan