Skip to main content

Kewangan

COE kereta kecil lepasi S$100,000 buat kali pertama sejak Oktober 2024

Anggaran Waktu Membaca:
COE kereta kecil lepasi S$100,000 buat kali pertama sejak Oktober 2024

Kereta dan kenderaan lain di lebuh raya. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 07 May 2025 05:14PM Dikemas Kini : 07 May 2025 08:05PM
SINGAPURA: Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) untuk kereta Kategori A dan Kategori B kedua-duanya meningkat dalam bidaan terbaharu pada Rabu (7 Mei).

Premium untuk kereta kecil sehingga 1,600cc dan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, mencecah S$103,009, meningkat 3.5 peratus daripada S$99,500 dalam tender terakhir.

Ini adalah kali pertama sejak Oktober tahun lalu harga dalam Kategori A melepasi S$103,000.

Premium untuk kereta yang lebih besar dalam Kategori B meningkat kepada S$119,890 daripada S$117,003, manakala COE kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi selalu digunakan terutamanya untuk kereta besar, meningkat kepada S$118,889 daripada S$118,001 - paras tertinggi sejak Januari lalu.

COE untuk kenderaan komersial, termasuk kenderaan barangan dan bas, turun kepada S$62,590 daripada S$65,001.

Premium motosikal turut turun, ditutup pada S$8,709 daripada S$9,309.

Sebanyak 4,896 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 3,094 COE diperuntukkan.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan bulan lalu bahawa kuota COE bagi tempoh Mei hingga Julai akan ditambah seanyak lebih 6 peratus berbanding suku sebelumnya.

Jumlah keseluruhan COE akan meningkat kepada 18,232, daripada 17,133 pada suku sebelumnya, yang sudah pun ditambah sebanyak 8 peratus.

Berbanding dengan tempoh yang sama lalu, jumlah kuota meningkat sebanyak 21 peratus.
Sumber : CNA/SU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita