COE ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru
Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru pada Rabu (4 Nov).

Keadaan lalu lintas di Singapura. (Gambar fail: Hester Tan)
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru pada Rabu (4 Nov).
Bagi kereta dalam Kategori A atau kereta 1,600cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp ditutup pada harga S$35,990 berbanding S$37,334 dalam bidaan lalu.
Premium bagi kereta yang lebih besar dan lebih berkuasa dalam Kategori B jatuh kepada S$39,000 daripada S$40,990.
COE bagi kenderaan komersial yang termasuk kenderaan muatan dan bas merosot kepada S$31,502 berbanding S$33,778 dalam bidaan lalu.
Premium motosikal ditutup pada harga S$7,251, jatuh daripada S$7,300 yang dicatatkan dalam bidaan sebelum ini.
COE bagi Kategori Terbuka yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta-kereta besar susut kepada S$39,500 daripada S$39,889.
Secara keseluruhannya, sebanyak 4,645 bidaan diterima, dengan kuota 3,347 COE diperuntukkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.