China potong cukai setem dagangan saham untuk semarakkan pasaran
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Mediacorp
BEIJING: Saham-saham tempatan di China kembali rancak pada Isnin (28 Ogos), didahului saham syarikat-syarikat broker.
Sektor-sektor lain juga tidak ketinggalan - termasuk hartanah, insurans, tenaga bersih dan kejuruteraan binaan.
Indeks di ketiga-tiga bursa di Shanghai, Shenzhen dan Hang Seng turut melonjak, setelah agak lama lesu.
Perkembangan itu menyusuli langkah Kementerian Kewangan China memotong sehingga separuh cukai setem bagi perdagangan saham, buat kali pertama sejak 2008.
Mula berkuatkuasa pada Isnin, langkah tersebut diambil bagi meningkatkan keyakinan para pelabur.
Ini selepas pasaran saham kedua terbesar di dunia itu berhadapan sentimen yang lemah sejak awal Ogos.
Nilai bursa-bursanya merosot sekitar 7 hingga 10 peratus, sebelum langkah terbaharu itu diambil.
Para pelabur global menarik keluar lebih AS$10 bilion (S$13.6 bilion) daripada bursa-bursa saham China.
Menurut para pengamat ekonomi, walaupun pengurangan cukai setem berjaya menyemarakkan kembali bursa-bursa saham China, kesannya dijangka tidak dapat bertahan lama.
Bloomberg Economics meramalkan ekonomi China bakal tumbuh hanya tiga peratus tahun ini, di bawah anggaran rasmi lima peratus.
Sektor pengeluaran China merosot Julai lalu, begitu juga nilai eksport, ekoran permintaan global yang lemah.
Namun yang paling membimbangkan, adalah sektor hartanah China yang kurang stabil, dengan beberapa syarikat gergasi seperti Evergrande dan Country Garden dililit beban hutang.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.