China kenakan sekatan perdagangan baru terhadap Taiwan susuli lawatan Pelosi
Anggaran Waktu Membaca:

Orang ramai membeli buah-buahan di kedai buah di Taipei, Taiwan, pada 20 September 2021. (Gambar: AP)
BEIJING: China melancarkan sekatan pada Rabu (3 Ogos) terhadap import buah-buahan dan ikan dari Taiwan.
Negara itu turut menghentikan penghantaran pasir ke pulau tersebut menyusuli lawatan Speaker Dewan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi.

Pentadbiran Kastam China menyatakan pada Rabu (3 Ogos) bahawa ia akan menggantung beberapa import buah sitrus dari Taiwan atas dakwaan "berulang" pengesanan sisa racun perosak yang berlebihan. Import ikan dari pulau itu juga digantung setelah hasil ujian positif koronavirus dikesan pada bungkusan.
Dalam notis yang berasingan, Kementerian Perdagangan menambah ia juga akan "menggantungkan eksport pasir semula jadi ke Taiwan" mulai Rabu (3 Ogos) tanpa memberikan butiran lanjut.
Lebih banyak gangguan pada perdagangan pertanian dan makanan boleh dijangkakan dalam beberapa hari menddatang, kata Even Pay, penganalisis pertanian di syarikat perundingan Trivium China.
"Apabila ketegangan diplomatik atau perdagangan semakin meningkat, pengawal selia China lazimnya akan mengambil pendekatan yang amat ketat untuk pematuhan dan mencari sebarang isu yang boleh digunakan untuk mewajarkan larangan perdagangan," kata beliau kepada AFP.
Ini bukanlah kali pertama Bejing mengenakan sekatan terhadap eksport pulau itu.
Selain sekatan terkini itu, Majlis Pertanian Taipei menyatakan pada Selasa (2 Ogos) bahawa China memberikan alasan terdapat pelanggaran peraturan ketika menggantung import barangan lain dari Taiwan termasuk produk perikanan, teh dan madu.

Sumber : Agensi berita/FA/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.