Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

China, India sumbang 50 peratus pertumbuhan ekonomi global pada 2023

Anggaran Waktu Membaca:
China, India sumbang 50 peratus pertumbuhan ekonomi global pada 2023

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva. (Gambar: Drew Angerer/Getty Images/AFP)

NEW YORK: Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva pada Khamis (6 Apr) berkata, ekonomi dunia dijangka bertumbuh kurang tiga peratus tahun ini, dengan India dan China diunjurkan membentuk separuh pertumbuhan dunia pada 2023. 

"Pertumbuhan kekal lemah jika dibandingkan dengan tahun-tahun lalu, bagi jangka pendek dan sederhana," kata Cik Georgieva dalam ucapannya di Washington DC menjelang mesyuarat antara IMF dan Bank Dunia pada minggu depan. 

Ketua IMF itu berkata, sesetengah momentum datang daripada ekonomi-ekonomi pesat membangunan, dengan Asia sebagai salah satu daripadanya. 

"India dan China dijangka membentuk separuh pertumbuhan dunia pada 2023. Namun, negara-negara lain berkembang pada rentak yang lebih pantas," ujarnya. 

IMF menjangkakan aktiviti ekonomi di Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merosot kerana kadar faedah lebih tinggi akan menjejas permintaan. 

Sekitar 90 peratus ekonomi maju diunjurkan menyaksikan kemerosotan dalam kadar pertumbuhan mereka tahun ini, menurut Cik Georgieva. 

"Dengan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan kadar inflasi yang kekal tinggi, pemulihan kukuh sukar untuk dicapai," Cik Georgieva memberi amaran. 

IMF mengunjurkan pertumbuhan dunia kekal sekitar tiga peratus pada lima tahun akan datang, iaitu ramalan pertumbuhan jangka sederhana yang paling rendah sejak 1990 dan lebih rendah berbanding purata 3.8 peratus sepanjang dua dekad yang lalu. 

"Ini akan membuatnya lebih sukar untuk mengurangkan kemiskinan, memulihkan ekonomi daripada krisis COVID-19 dan menyediakan peluang baru dan lebih baik buat semua." 

IMF akan mengeluarkan lebih banyak maklumat mengenai unjuran pertumbuhannya apabila ia mengeluarkan Ramalan Ekonomi Dunia yang dikemas kini minggu depan.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan