China import kelapa segar pertama dari Indonesia
Sebanyak 200 kilogram kelapa segar dari Indonesia tiba di Fuzhou, ibu kota wilayah Fujian di timur China, pada Sabtu (12 Apr).
Import kelapa oleh China menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. (Gambar: Unsplash/Dang Cong)
Ketibaan kelapa import itu mencerminkan pengukuhan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dan Indonesia pada tahun ini, yang juga merupakan ulang tahun ke-75 bagi hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tersebut.
Pada November lalu, Pentadbiran Am Kastam China mengumumkan kebenaran untuk mengimport kelapa segar dari Indonesia yang memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, import kelapa oleh China menunjukkan trend peningkatan, dengan pasaran import yang semakin pelbagai termasuk Thailand, Vietnam dan Kemboja.
Permintaan pasaran China yang besar menawarkan potensi eksport yang luas untuk kelapa dari Indonesia, yang juga merupakan antara pengeluar kelapa terbesar di dunia.
Berdasarkan statistik kastam, jumlah perdagangan dua hala antara China dan Indonesia melebihi satu trilion yuan (S$183.06 bilion) buat kali pertama pada 2024.
Bagi Januari dan Februari 2025, jumlah tersebut mencecah 172.57 bilion yuan (S$31.18 bilion), meningkat 4.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.