China akan tingkatkan eksport, import pada 2026, teroka perdagangan 'mampan'
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China merancang untuk mengembangkan eksport dan import pada tahun depan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan perdagangan "mampan", kata seorang pegawai ekonomi kanan pada Sabtu (13 Dis), lapor penyiar tempatan CCTV.
Hasil keuntungan perdagangan bernilai trilion dolar oleh ekonomi kedua terbesar di dunia itu mencetuskan ketegangan dengan rakan-rakan kongsi perdagangan Beijing dan kecaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan beberapa pengamat lain yang menyatakan model pertumbuhan ekonomi tertumpu kepada pengeluaran adalah tidak mampan.
China akan menggalakkan eksport perkhidmatan pada 2026, kata timbalan pengarah Suruhanjaya Hal Ehwal Ekonomi dan Pusat Kewangan, Han Wenxiu di satu persidangan ekonomi, sambil mengikrarkan langkah-langkah untuk meningkatkan hasil pendapatan isi rumah, menaikkan pencen asas dan menghapuskan sekatan "tidak wajar dalam sektor barangan pengguna.
Beliau turut mengulangi seruang pemerintah untuk mengawal perang potongan harga deflasi, yang disifatkan sebagai memundurkan (involution) di mana firma-firma terlibat dalam persaingan secara berlebihan yang membawa pulangan rendah dan menghakis keuntungan.
IMF pada minggu ini menggesa Beijing supaya membuat "pilihan berani" untuk mengekang eksport dan merangsang permintaan pengguna.
"China terlalu besar untuk menjana lebih banyak (pertumbuhan) daripada eksport, dan terus bergantung pada pertumbuhan yang dipacu oleh eksport berisko meningkatkan lagi ketegangan perdagangan global," kata Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva dalam satu sidang media pada Rabu (10 Dis).
Ahli ekonomi memberi amaran bahawa ketidakseimbangan antara pengeluaran dan penggunaan dalam ekonomi China mengancam pertumbuhan jangka panjang demi mengekalkan rentak buat jangka pendek.
Para pemimpin China turut berjanji pada Khamis untuk mengekalkan dasar fiskal "proaktif" pada tahun depan bagi merangsang penggunaan dan pelaburan, dengan para penganalisis menjangkakan Beijing menyasarkan pertumbuhan kira-kira 5 peratus.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.