Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Certis tebar sayap ke Australia

Firma keselamatan Singapura, Certis, melebarkan sayapnya ke luar negara. Awal tahun ini, syarikat itu memperoleh SNP Security Australia untuk meningkatkan kehadirannya di negara tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Oct 2018 07:22PM Dikemas Kini : 21 Oct 2018 11:39PM

SINGAPURA: Firma keselamatan Singapura, Certis, melebarkan sayapnya ke luar negara. Awal tahun ini, syarikat itu memperoleh SNP Security Australia untuk meningkatkan kehadirannya di negara tersebut.

Ia kini giat terlibat dalam memastikan keselamatan salah satu hab paling sibuk di Australia - Lapangan Terbang Sydney. Lebih 43 juta penumpang melalui Lapangan Terbang Sydney tahun lalu.

Setiap pemeriksaan badan dan bagasi serta ujian letupan dijalankan dengan selamat lagi cekap oleh Certis.

Februari lalu, syarikat itu memperkukuh kehadirannya di Australia dengan pemerolehan SNP Security, iaitu firma keselamatan ketiga terbesar di negara tersebut.

Pemerolehan itu sekali gus menjadikan SNP Security penyedia keselamatan utama bagi enam lapangan terbang di Australia dan ia mungkin merintis lebih banyak rancangan untuk negara tersebut.

Daripada satu unit Pasukan Polis Singapura kepada penyedia sejagat perkhidmatan keselamatan, Certis adalah peneraju khidmat keselamatan di Singapura dengan pasukan polis tambahan yang terbesar melebihi 3,500 pegawai bersenjata.

Firma milik Temasek itu juga menempa nama merentasi seluruh dunia, mencatatkan hasil $1.2 bilion dalam tahun kewangan baru-baru ini.

Ia mempunyai tempat di Asia Pasifik dan Timur Tengah yang termasuk menawarkan khidmat keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Qatar.

Selain lapangan terbang, Certis merancang untuk meluaskan pencarian bagi peluang perniagaan baru.

Sumber : CNA/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan