Cermin mata 'Amelia' bantu Amazon jimatkan masa khidmat penghantaran
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Reuters/Brendan McDermid)
MILPITAS, California: Dalam usaha berterusan untuk menghantar barang harian kepada pelanggan dengan lebih pantas, Amazon mengubah jangkaan daripada penghantaran dua hari kepada penghantaran pada hari yang sama, malah dalam masa sejam. Kini, dengan robot, kecerdasan buatan (AI) dan juga cermin mata bijak, ia berusaha untuk mengurangkan beberapa saat daripada setiap penghantaran.
Pada Rabu (22 Okt), Amazon yang berpangkalan di Seattle mempamerkan cermin mata canggih untuk pekerja penghantaran buat pertama kali secara terbuka, selepas Reuters melaporkan secara eksklusif bahawa syarikat itu sedang membangunkan peranti tersebut pada tahun lalu. Dikenali secara dalaman sebagai Amelia, cermin mata itu mempunyai skrin kecil yang memberikan arahan terperinci, mengimbas kod bungkusan, dan mengambil gambar sebagai bukti penghantaran.
Cermin mata ini berpotensi menggantikan peranti Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang perlu dipegang dan dibawa bersama yang digunakan oleh pemandu hari ini, dan memberikan panduan navigasi, seperti hala tuju yang betul apabila keluar dari lif apartmen atau cara mengelakkan anjing agresif di rumah pelanggan.
Cermin mata itu bergantung kepada pengawal berpasangan yang dipasang pada jaket pemandu, dan Amazon menghuraikan cabaran jangka hayat bateri dengan menggunakan pek bateri yang boleh ditukar ganti, menurut syarikat itu.
Pengumuman yang dibuat semasa acara logistik tahunan Amazon "Delivering the Future" adalah sebahagian daripada tumpuan khusus firma itu pada khidmat penghantaran kepada pelanggan.
Tahun lalu, ia memperkenalkan pengimbas van penghantaran untuk mengarahkan pemandu kepada bungkusan untuk setiap perhentian dengan menyinarkan lampu sorot hijau padanya, menjimatkan beberapa saat daripada masa yang biasanya dihabiskan untuk membaca label. Dan pada bulan Jun, ia menunjukkan kepada wartawan peta digital baharu yang memberikan perincian yang lebih teliti mengenai kawasan kejiranan, bentuk bangunan dan hadangan, berbanding Google Maps.
Beryl Tomay, naib presiden pengangkutan Amazon, berkata beratus-ratus pemandu penghantaran sudahpun menguji cermin mata itu di sepanjang laluan mereka.
"Ia mengurangkan keperluan untuk mengurus telefon dan bungkusan," kata Encik Tomay semasa acara itu. "Ia membantu mereka kekal fokus, yang meningkatkan keselamatan mereka."
Tidak jelas bagaimana Amazon merancang untuk memastikan cermin mata itu digunakan oleh pemandu, yang kebanyakannya adalah pekerja kontrak.
Juga pada Rabu, peruncit online itu mempamerkan lengan robotik yang dikatakannya boleh bekerjasama dengan pekerja gudang mengambil barang dari rak-rak dan menyusunnya untuk memenuhi pesanan yang lebih pantas dan lebih tepat. Amazon mendakwa robot itu, digelar Blue Jay, boleh mengurangkan kadar kecederaan dan beroperasi dalam ruang yang lebih kecil berbanding robot setara yang sebelum ini memerlukan tiga stesen berasingan.
Robot itu sudah digunakan di sebuah gudang di South Carolina, menurut Amazon, dan ia merancang untuk melancarkannya ke lebih banyak kemudahan dalam masa beberapa bulan akan datang, terutamanya yang dikenali sebagai 'sub-same-day sites' yang memfokuskan kepada penghantaran dalam masa beberapa jam atau kurang daripada itu.
Selain itu, Amazon menyatakan ia merancang untuk menggunakan sistem kecerdasan buatan di gudang, bermula di Tennessee, yang boleh membantu menguruskan operasi pada tahap tinggi, untuk mengelakkan kesesakan dan cabaran lain yang boleh memperlahankan operasi. Tidak jelas bagaimana Amazon merancang untuk melaksanakan perisian itu atau siapa yang akan diberikan akses.
"Kami kini mempunyai alat untuk menganalisis semua data tapak semasa ia berlaku," kata Tye Brady, ketua teknologi robotik Amazon, semasa acara itu pada Rabu. "Apabila ia dilaksanakan sepenuhnya, kami akan dapat membantu pengendali dengan perancangan harian mereka."
Beliau berkata syarikat itu merancang untuk menawarkan perisian itu di seluruh rangkaian gudangnya, tetapi tidak memberikan butiran mengenai bagaimana ia akan dilancarkan.
Peluasan penggunaan robot di gudang syarikat itu dijangka mengurangkan pengambilan pekerja di Amerika Syarikat sebanyak 160,000 pekerja dalam tempoh dua tahun akan datang, lapor New York Times pada Selasa.
Amazon menyatakan ia merancang untuk menggajikan 250,000 pekerja sambilan untuk musim cuti.
Saham Amazon jatuh 2.4 peratus kepada AS$216.78 pada Rabu. Ia adalah satu-satunya saham dalam kalangan saham teknologi yang dikenali sebagai 'Magnificent Seven' yang mencatatkan penurunan tahun ini.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.