Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

CEO Surbana Jurong Teo Eng Cheong letak jawatan

Ketua Pegawai Eksekutif (Antarabangsa) Surbana Jurong, Encik Teo Eng Cheong sudah meletak jawatan, menurut syarikat milik Temasek pada Rabu (2 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
CEO Surbana Jurong Teo Eng Cheong letak jawatan

Encik Teo Eng Cheong. (Gambar: Surbana Jurong)

Diterbitkan : 02 Sep 2020 05:28PM Dikemas Kini : 02 Sep 2020 05:37PM

SINGAPURA: Ketua Pegawai Eksekutif (Antarabangsa) Surbana Jurong, Encik Teo Eng Cheong sudah meletak jawatan, menurut syarikat milik Temasek pada Rabu (2 Sep).

"Eng Cheong sudah mengambil keputusan untuk meninggalkan Surbana Jurong bagi memburu minat lain," menurut CEO Kumpulan Surbana Jurong Encik Wong Heang Fine dalam satu kenyataan.

Hari terakhir Encik Teo bersama syarikat itu adalah pada 30 Sep.

Dalam kenyataannya, Encik Wong berkata bahawa Encik Teo memainkan peranan utama dalam memacu kepentingan perniagaan firma itu di Asia Tenggara, Asia Utara dan Singapura sejak menyertai syarikat tersebut pada Januari 2016.

Berdasarkan surat pekeliling yang dilihat oleh Mediacorp, Surbana Jurong tidak pula menyebut siapa yang bakal menggantikan Encik Teo.

Encik Teo adalah seorang bekas pegawai perkhidmatan awam dan suami kepada Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan