Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

CEO DBS mohon maaf atas gangguan minggu lalu; dedah semakan sedang dijalankan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DBS Group Piyush Gupta hari ini (3 Dis) memohon maaf kepada pada pelanggan atas gangguan dua hari khidmat perbankan digitalnya minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
CEO DBS mohon maaf atas gangguan minggu lalu; dedah semakan sedang dijalankan

Gambar fail: AFP

Diterbitkan : 03 Dec 2021 05:29PM Dikemas Kini : 03 Dec 2021 05:32PM

SINGAPURA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DBS Group Piyush Gupta hari ini (3 Dis) memohon maaf kepada pada pelanggan atas gangguan dua hari khidmat perbankan digitalnya minggu lalu.

Beliau menambah bahawa bank itu sedang menyemak semula prosesnya.

"Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf," kata Encik Gupta apabila ditanya tentang gangguan itu ketika wawancara secara maya di persidangan Reuters Next.

"Para pelanggan kami berhak menjangkakan lebih baik daripada kami dan meluahkan kekecewaan serta rasa sakit hati mereka."

Ramai pelanggan DBS dan POSB membuat aduan sepanjang dua hari minggu lalu bahawa mereka tidak boleh mengakses khidmat perbankan onlinenya. Gangguan itu bermula pada pagi Selasa dan berlaku lagi pada Rabu selepas DBS menyatakan khidmatnya sudah beroperasi semula.

Bank itu, institusi pinjaman terbesar Asia Tenggara, menyatakan gangguan tersebut disebabkan "masalah dengan server kawalan aksesnya".

Hari ini, Encik Gupta menekankan bahawa tiada serangan siber yang berlaku. Beliau menyifatkan server kawalan akses DBS sebagai "pintu depan" kepada khidmat perbankannya.

"Apabila anda mahu mengakses melalui bank online anda, ia adalah laman pertama yang anda masuki dan identiti, pengesahan kata laluan anda dikawal di situ," jelas beliau.

"Kelemahan" pada server kawalan akses hanya membenarkan sebilangan kecil pelanggan untuk mengakses khidmat-khidmat perbankan, tambah Encik Gupta.

"Tapi berita baiknya adalah semua di sebalik pintu depan itu selamat," kata beliau, sambil menambah pembayaran dan khidmat perdagangan masih boleh diteruskan tanpa gangguan.

"Malah, jika anda pergi ke sebarang cawangan atau menelefon kami, kami boleh lakukan semuanya. Ia hanya akses kepada pintu depan yang mempunyai kelemahan."

Encik Gupta yang menerajui DBS Group sejak 2009, berkata bank itu sedang menjalankan "semakan sepenuhnya ke atas proses-proses dari awal ke akhir" untuk mengenal pasti bagaimana ia boleh diperbaiki.

"Sedang kita menjadi lebih digital, kita menjadi lebih maju, jangkaan para pelanggan dan 99.999 peratus jangkaan terhadap tindak balas kita akan terus meningkat," kata beliau dalam wawancara bersama koresponden kanan Reuters Anshuman Daga.

"Oleh itu, penting untuk kita semua sebagai penyedia khidmat mampu membina daya tahan dan keupayaan untuk berkhidmat dan beroperasi pada tahap amat tinggi."

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sebelum ini menyatakan ia akan mempertimbangkan "tindakan penyeliaan yang sesuai" menyusuli siasatan menyeluruh oleh DBS ke atas gangguan itu. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan