Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

CEO Better.com minta maaf pecat 900 pekerjanya melalui panggilan Zoom

Ketua eksekutif (CEO) Better.com meminta maaf atas cara dia memecat 900 pekerjanya di syarikat gadai janji itu selepas video menunjukkannyamelakukan demikian melalui panggilan Zoom menjadi tular di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
CEO Better.com minta maaf pecat 900 pekerjanya melalui panggilan Zoom

Logo aplikasi Zoom di sebuah skrin telefon bijak (Gambar: Martin BUREAU / AFP)

Diterbitkan : 09 Dec 2021 07:57AM Dikemas Kini : 09 Dec 2021 08:06AM

REUTERS: Ketua eksekutif (CEO) Better.com meminta maaf atas cara dia memecat 900 pekerjanya di syarikat gadai janji itu selepas video menunjukkannyamelakukan demikian melalui panggilan Zoom menjadi tular di media sosial.

Vishal Garg, yang dikritik hebat selepas syarikat yang disokong SoftBank itu memberhentikan sekitar 9 peratus tenaga kerjanya melalui panggilan video, berkata dia telah "salah tangani" cara menyampaikcaan khabar pemberhentian itu.

"Saya sedar bahawa cara saya menyampaikan berita ini memburukkan keadaan yang sukar," kata Garg dalam satu surat bertarikh Selasa (7 Dis).

CEO itu memberi alasan keadaan pasaran, prestasi dan daya penghasilan sebagai sebab di sebalik keputusan untuk memberhentikanpekerja di Amerika Syarikat dan India.

Better.com menyatakan pada Mei ia akan disenaraikan di bursa saham melalui penggabungan dengan firma Aurora Acquisition Corp, dalam perjanjian yang dinilai berjumlah AS$7.7 bilion (S$10.49 bilion).

Awal bulan ini, syarat-syarat dipinda untuk menawarkan Better.com separuh daripada AS$1.5 bilion (S$2.04 bilion) yang dijanjikan oleh SoftBank secara serta-merta, berbanding perlu menunggu sehingga perjanjian dimuktamadkan.

Diasaskan pada 2016 dan beribu pejabat di New York, Better.com menawarkan produk gadai janji dan insurans kepada pemilik rumah melalui platform online.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan