Skip to main content

Kewangan

CEO Amazon sumbang dana AS$10 bilion tangani perubahan iklim

Individu terkaya di dunia, Jeff Bezos, memberi komitmen akan menyumbangkan AS$10 bilion (S$13.9 bilion) bagi menangani isu perubahan iklim.

Anggaran Waktu Membaca:
CEO Amazon sumbang dana AS$10 bilion tangani perubahan iklim

CEO Amazon. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 18 Feb 2020 12:49PM Dikemas Kini : 18 Feb 2020 12:53PM

WASHINGTON: Individu terkaya di dunia, Jeff Bezos, memberi komitmen akan menyumbangkan AS$10 bilion (S$13.9 bilion) bagi menangani isu perubahan iklim.

Dalam satu catatan di Instagram beliau semalam, Encik Bezos, peneraju dagangan online Amazon, berkata dana itu akan dinamakan ‘Bezos Earth Fund’.

Katanya, yayasan tersebut akan "memberi dana kepada para saintis, aktivis masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan usaha memelihara dan melindungi alam sekitar."

“Perubahan iklim adalah ancaman terbesar terhadap alam kita, saya mahu bekerjasama bagi menerokai kaedah baru menangani kesan perubahan cuaca di bumi yang kita kongsi bersama,” katanya.

September lalu, Encik Bezos berkata Amazon bertekad untuk menjadikan perniagaannya neutral karbon menjelang 2040.

Beliau turut berikrar bahawa syarikat itu akan menempah sebanyak 100,000 trak penghantaran elektrik sebagai langkah menangani isu perubahan iklim.

Encik Bezos berkata bahawa yayasannya akan mula memberikan geran musim panas ini.

Amazon sebelum ini menerima kritikan banyak pihak kerana urus niaga perniagaannya menyediakan penghantaran bungkusan barang terus ke rumah, yang sekali gus menghasilkan timbunan sampah.

Selain itu, syarikatnya juga turut dikecam kerana mencatatkan kadar pelepasan gas rumah hijau yang tinggi berikutan penggunaan kenderaan dalam skala besar.

Menurut New York Times, meskipun Encik Bezos membelanjakan AS$10 bilion serta merta, beliau masih individu terkaya di dunia.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita