CCCS beri kelulusan bersyarat bagi kerjasama lebih luas SIA-Lufthansa
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail pesawat Singapore Airlines. (Gambar: AFP/Fabrice Coffrini)
SINGAPURA: Badan pemantau persaingan Singapura, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada cadangan mempertingkatkan kerjasama komersil antara Singapore Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan negara Jerman, Lufthansa.
Namun dua syarikat penerbangan itu perlu mematuhi beberapa syarat.
SIA dan Lufthansa percaya kerjasama yang lebih luas itu akan meningkatkan persaingan tambang dan memberi para penumpang pilihan perkhidmatan yang lebih luas.
Di bawah rancangan tersebut, SIA dan Lufthansa akan meningkatkan kerjasama dalam laluan penerbangan yang ditawarkan kedua-dua syarikat itu seperti antara Singapura dengan Amsterdam dan Singapura-Rome.
Namun CCCS bimbang tentang kesan peluasan usaha sama itu terhadap laluan-laluan penerbangan yang hanya ditawarkan oleh SIA dan Lufthansa.
Laluan-laluan itu seperti antara Singapura dengan Frankfurt dan Singapura-Zurich.
Bagi menangani kebimbangan itu, SIA dan Lufthansa berjanji akan membawa sejumlah penumpang Singapura setiap tahun.
Khidmat auditor bebas juga akan digunakan bagi memastikan SIA dan Lufthansa mematuhi perjanjian itu.
Ini bukan kali pertama kedua-dua syarikat itu berusaha mencapai kerjasama untuk meluaskan usaha sama.
Pada 2016, mereka mencadangkan usaha sama yang serupa, yang termasuk penyelarasan penetapan harga untuk laluan tertentu.

Sumber : CNA/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.