Cathay Pacific gantung penerbangan ke Dubai & Riyadh sehingga 31 Mei
Anggaran Waktu Membaca:
Logo Cathay Pacific di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong 7 Ogos 2024. (Gambar fail: Reuters/Tyrone Siu)
HONG KONG: Syarikat penerbangan Cathay Pacific mengumumkan pada Selasa (24 Mac) bahawa pihaknya melanjutkan tempoh penggantungan penerbangan ke Dubai dan Riyadh selama sebulan lagi sehingga 31 Mei disebabkan peperangan di Timur Tengah.
Gergasi penerbangan Asia itu menyatakan dalam dua kenyataan berasingan bahawa semua penerbangan pergi dan balik dari Riyadh serta Dubai sudah dibatalkan sehingga 31 Mei 2026, "berikutan pergolakan di Timur Tengah".
Syarikat itu menyatakan pelanggan yang terjejas sudah pun dimaklumkan dan mereka sedang "memantau keadaan dengan teliti serta akan sentiasa bersiap sedia untuk sebarang perubahan".
Cathay menyatakan pelanggan yang ingin menukar penerbangan ke Timur Tengah tidak akan dikenakan sebarang yuran untuk tempahan semula, pertukaran laluan, atau pemulangan wang.
Syarikat itu sudah membatalkan semua penerbangan ke Dubai dan Riyadh pada Mac dan April selepas perang meletus di Timur Tengah ekoran serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu.
Dalam pada itu, Cathay turut mengumumkan bahawa ia akan menambah jumlah penerbangan antara Hong Kong dan Paris serta Zurich bagi "memenuhi permintaan tinggi untuk penerbangan ke Eropah".
Laluan ke London juga sudah ditambah bulan ini. Cathay menyedari terdapat peningkatan permintaan dari rantau lain kerana pelancong kini mencari jalan alternatif bagi mengelakkan laluan yang banyak bergantung kepada hab penerbangan di Timur Tengah.
Cathay juga menaikkan kadar bayaran tambahan bahan api sebanyak dua kali ganda bulan ini untuk kebanyakan laluannya kerana harga minyak yang melambung tinggi akibat peperangan.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.