Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Caruman median CPF naik 25% antara 2019-2021

Caruman median Tabung Simpanan Pekerja (CPF) meningkat sekitar 25 peratus dari 2019 hingga 2021, didorong oleh pendapatan lebih tinggi, penyertaan tenaga buruh lebih kukuh serta peningkatan pada sistem CPF.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 May 2022 05:15PM Dikemas Kini : 05 May 2022 08:30PM

SINGAPURA: Caruman median Tabung Simpanan Pekerja (CPF) meningkat sekitar 25 peratus dari 2019 hingga 2021, didorong oleh pendapatan lebih tinggi, penyertaan tenaga buruh lebih kukuh serta peningkatan pada sistem CPF.

Bagi kohort yang berusia 65 tahun pada 2019, pencarum yang memilih untuk mula mendapatkan bayaran pada usia itu menerima caruman median sebanyak S$460.

Namun jumlah itu meningkat bagi kohort-kohort selanjutnya, mencecah S$580 bagi pencarum yang berusia 65 tahun pada 2021.

Demikian menurut CPF dalam laporan trend caruman pada Khamis (5 Mei).

Bagi pencarum yang memilih untuk mula menerima bayaran apabila mereka berusia 70 tahun, bayaran median dalam kalangan kohort itu meningkat dari S$610 pada 2019 kepada S$760 pada 2021.

Jumlah tersebut adalah berdasarkan andaian bahawa semua pencarum tertakluk di bawah Pelan Standard CPF LIFE (Pendapatan Sepanjang Hayat Bagi Orang Yang Lanjut Usia).

Laporan itu dikeluarkan seiring dengan pemerhatian lebih luas bahawa bayaran bulanan CPF sudahpun meningkat sepanjang beberapa generasi, seperti yang dikatakan oleh Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng pada Januari.

Menurut beliau, ini disebabkan oleh "pertumbuhan gaji, peningkatan penyertaan tenaga buruh serta penambahbaikan pada sistem CPF".

CPF juga menyatakan bilangan pencarum yang memilih untuk menangguhkan penerimaan bayaran meningkat dari 43 peratus pada 2019 kepada 54 peratus pada 2021.

Pencarum yang memilih untuk menangguhkan bayaran mereka sehingga mereka berusia 70 tahun akan menerima sekitar 30 peratus lebih banyak bayaran setiap bulan, tambah CPF.

MENGELUARKAN WANG SECARA PUKAL

Laporan tersebut menambah bahawa pada 2021, sekitar 70 peratus pencarum mengeluarkan simpanan CPF secara pukal sebelum mula menerima bayaran mereka. Perangkaan itu sebahagian besarnya kekal konsisten sejak 2019.

CPF menggariskan bahawa bayaran median mungkin sekitar 15 hingga 25 peratus lebih tinggi jika pencarum tidak mengeluarkan simpanan sedemikian sebelum berusia 65 tahun.

Misalnya, jumlah median setiap bulan adalah sebanyak S$460 - untuk bayaran yang mula diterima ketika berusia 65 tahun pada 2019 dengan pengeluaran simpanan sudahpun dibuat - mungkin S$120 lebih tinggi sekiranya pengeluaran simpanan itu tidak dilakukan.

BAYARAN BULANAN DIJANGKA MENINGKAT

Menurut CPF lagi, bayaran bulanan dijangka menginjak lanjut bagi kohort-kohort pencarum pada masa akan datang berikutan langkah-langkah untuk meningkatkan simpanan CPF para pencarum.

Ini termasuk kenaikan secara bertahap-tahap pada kadar sumbangan CPF bagi pencarum berusia antara 55 hingga 70 tahun, menyusuli saranan-saranan yang dikemukakan oleh Kumpulan Kerja Tiga Pihak mengenai Pekerja Lanjut Usia,

Mulai 2023, Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) bagi pekerja berpendapatan rendah juga akan ditingkatkan dengan bayaran lebih tinggi. Ia juga akan diperluaskan untuk meliputi pekerja muda dari umur 30 tahun.

Sumber : CNA/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa