Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Cabaran Slingshot kembali untuk edisi ketiga; penyertaan syarikat pemula naik lebih seganda

Syarikat-syarikat pemula di sini sedang bersiap sedia untuk menyertai Cabaran Slingshot di Pesta Fintech Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Nov 2019 04:35PM Dikemas Kini : 13 Nov 2019 02:53PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat pemula di sini sedang bersiap sedia untuk menyertai Cabaran Slingshot di Pesta Fintech Singapura.

Cabaran tersebut memberi mereka peluang untuk menarik perhatian para pelabur, ahli korporat dan pemimpin industri.

Makmal Alchemy Foodtech menghasilkan hidangan baru 'carrot cake' lebih sihat daripada yang dijual di pusat-pusat penjaja, menggunakan bahan yang tidak menaikkan kadar gula dalam darah si pemakan.

Syarikat berkenaan menerima pendanaan sebanyak S$2.5 juta selepas memenangi Cabaran Slingshot tahun lalu.

Satu lagi syarikat yang memenangi cabaran tersebut pada 2017 ialah Sophie's Kitchen.

Firma berkenaan sedang bekerjasama dengan para saintis di sini untuk menghasilkan algae yang akan dijadikan sebagai serbuk protein.

Walaupun ini merupakan satu perkembangan bagi pasaran makanan, syarikat tersebut menyatakan teknologi yang digunakan tiada hadnya dan boleh diperluaskan kepada penghasilan pemakanan tambahan serta bahan-bahan kosmetik.

Berbanding tahun lalu, jumlah syarikat pemula tahun ini dalam Cabaran Slingshot naik lebih seganda.

Para pengadil tahun ini juga mengatakan bahawa mereka sedang mencari syarikat-syarikat yang mempunyai potensi untuk mendapatkan hasil yang lebih.

Para pemenang akan diumumkan esok, 13 November.  

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan