Skip to main content

Kewangan

Bursa S'pura di tahap paling rendah dalam tempoh 18 bulan

Kebanyakan pasaran saham Asia Tenggara ditutup rendah pada Selasa (11 Sep), dengan pasaran Singapura ditutup di paras paling rendah dalam tempoh satu tahun setengah. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bursa S'pura di tahap paling rendah dalam tempoh 18 bulan

Bursa saham Singapura SGX (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 11 Sep 2018 10:15PM Dikemas Kini : 11 Sep 2018 10:17PM

SINGAPURA: Kebanyakan pasaran saham Asia Tenggara ditutup rendah pada Selasa (11 Sep), dengan pasaran Singapura ditutup di paras paling rendah dalam tempoh satu tahun setengah. Pasaran saham di Filipina pula mengalami kerugian buat lima sesi berturut-turut akibat kebimbangan berhubung perang dagang Amerika-China yang semakin memuncak.

Bursa saham Singapura jatuh 11 mata kepada 3,109 mata - ditutup paling rendah sejak Februari 2017. Konglomerat perindustrian Jardine Matheson Holdings Ltd dan DBS Group Holdings masing-masing rugi 0.3 peratus.

Indeks saham Filipina jatuh satu peratus kepada 7,492, paras terendah sejak 20 Ogos apabila perangkaan mendedahkan defisit dagangan yang semakin meluas pada Julai.

Indeks tersebut kehilangan hampir lima peratus sepanjang lima sesi dagangan lalu selepas data yang diterbitkan pada Rabu menunjukkan kadar inflasi tahunan negara itu pada Ogos adalah yang tertinggi dalam masa sedekad.

Sementara itu perang dagang yang semakin mengeruh antara Amerika Syarikat dan China juga menjejas sentimen pelabur, dengan indeks MSCI paling luas di Asia-Pasifik di luar Jepun mengalami kejatuhan buat sesi kelapan berturut-turut.

Saham-saham Thailand ditutup 1.1 peratus lebih rendah, dengan pembekal gas PTT Public Co dan Airports of Thailand masing-masing mencatat kemerosotan sekitar 3 peratus.

Indeks saham Vietnam naik buat sesi dagangan ketiga berturut-turut dan ditutup 1.5 peratus lebih tinggi.

Pasaran saham Indonesia dan Malaysia ditutup kerana cuti umum tempatan. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita