Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Braddell View ditawarkan untuk penjualan en bloc buat kali kedua pada harga sama

Estet perumahan privet Braddell View membuat percubaan kali kedua untuk menjual unit-unitnya secara berkelompok pada harga yang kekal tidak berubah sebanyak S$2.08 bilion, menurut ejen pemasarannya Collierse International pada Selasa (13 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Braddell View ditawarkan untuk penjualan en bloc buat kali kedua pada harga sama

Estet HUDC Braddell View. (Gambar: HDB)

Diterbitkan : 13 Aug 2019 09:58PM Dikemas Kini : 13 Aug 2019 10:00PM

SINGAPURA: Estet perumahan privet Braddell View membuat percubaan kali kedua untuk menjual unit-unitnya secara berkelompok pada harga yang kekal tidak berubah sebanyak S$2.08 bilion, menurut ejen pemasarannya Collierse International pada Selasa (13 Ogos).

Jika penjulaan en bloc itu berhasil, para pemilik unit boleh mendapat antara S$2.04 juta dengan S$4.03 juta bergantung pada saiz unit mereka.

Saiz unit-unit tersebut antara 1,453 kaki persegi dengan 3,369 kaki persegi.

Estet Braddell View mempunyai 918 unit perumahan dan dua kedai.

Tapak tanah tersebut mempunyai tempoh pajakan sekitar 102 tahun mulai 1 Februari 1978.

Tendernya sebelum ini ditutup pada bulan Mei lalu tanpa sebarang bidaan.

Braddell View adalah estet perumahan privet terbesar Singapura.

Oleh kerana saiznya yang besar, terdapat kemungkinan pihak pemaju akan membentuk konsortium untuk membuat bidaan bagi tapak tersebut.

"Tentunya, pihak pemaju akan menilai risiko yang dikaitkan dengan pemerolehan tapak yang besar. Dalam pada itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan risiko sedemikian - pembentukan sebuah konsortium untuk memajukan tapak ini adalah satu daripada caranya, menurut pengarah urusan Colliers International, Tang Wei Leng.

Tender penjualan secara berkelompok itu akan ditutup pada 3.00 petang pada 25 September. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan