Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Bombardier labur $85 juta untuk luaskan pusat khidmatnya di S'pura

Syarikat aeroangkasa Kanada Bombardier akan melabur $85 juta untuk meluaskan pusat khidmatnya di Singapura, sekali gus menjadikannya yang terbesar di rantau Asia Pasifik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Feb 2019 10:12PM Dikemas Kini : 28 Feb 2019 01:03AM

SINGAPURA: Syarikat aeroangkasa Kanada Bombardier akan melabur $85 juta untuk meluaskan pusat khidmatnya di Singapura, sekali gus menjadikannya yang terbesar di rantau Asia Pasifik.

Terletak di Taman Aeroangkasa Seletar, pusat itu akan diluaskan sehingga 40,000 kaki persegi - iaitu empat kali ganda berbanding sekarang - menjelang 2020.

Malah, ia juga akan menawarkan seganda lebih banyak pekerjaan berbanding sekarang.

Menurut Bombardier, peluasan itu akan meningkatkan keupayaannya untuk menawarkan pelbagai khidmat penyenggaraan dan pengubahsuaian di rantau Asia Pasifik yang semakin berkembang.

Antara kemudahan-kemudahan baru yang akan diperkenalkan termasuk kemudahan mengecat seluas 3,500 meter persegi dan sebuah depot bersepadu.

Di majlis pecah tanah yang berlangsung hari ini (27 Feb), syarikat tersebut berkata pusat perkhidmatannya itu bakal mampu menyokong lebih 2,000 kunjungan pesawat setiap tahun.

Buat masa ini, Bombardier mempunyai 150 pekerja di pusat khidmatnya di Singapura dan 320 buah pesawat yang beroperasi di rantau Asia Pasifik.  

Sumber : CNA/NU/il
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan