Skip to main content

Kewangan

Boeing laksana ujian penerbangan pesawat 737 MAX susuli nahas

Boeing menjalankan ujian-ujian penerbangan melibatkan pesawat 737 MAX bagi menilai pembetulan sistem yang dipercayai menyebabkan dua nahas pesawat, menurut dua sumber pada Selasa (26 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Boeing laksana ujian penerbangan pesawat 737 MAX susuli nahas

Pesawat Boeing 737 MAX digantung buat sementara sejak 13 Mac 2019. (Gambar: Stephen Brashear/AFP)

Diterbitkan : 27 Mar 2019 10:09AM Dikemas Kini : 27 Mar 2019 10:12AM

NEW YORK: Boeing menjalankan ujian-ujian penerbangan melibatkan pesawat 737 MAX bagi menilai pembetulan sistem yang dipercayai menyebabkan dua nahas pesawat, menurut dua sumber pada Selasa (26 Mac).

Syarikat pengeluar pesawat itu dikritik dan operasi pesawat-pesawatnya digantung dua minggu lalu.

Boeing dilaporkan menguji sistem yang diperbaiki itu pada Isnin (25 Mac), dua hari selepas para juruterbang syarikat penerbangan American Airlines dan Southwest Airlines melakukan penerbangan simulasi di Renton, Washington.

Boeing perlu mendapatkan kebenaran daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutan Amerika Syarikat (FAA) sebelum pesawat MAX dapat digunakan semula untuk penerbangan.

Bagaimanapun, sumber pemerintah memberitahu agensi berita AFP bahawa syarikat tersebut belum lagi menyerahkan sofwe yang dinaik taraf itu kepada FAA.

Para jurutera kini menumpukan perhatian kepada masalah-masalah yang melibatkan M-CAS ataupun Sistem Penambahan Kriteria Pengemudian. Ia merupakan sejenis sistem pencegah kehilangan daya angkat pesawat 737 MAX.

Sistem itu dikritik kerana ia boleh mengalami kegagalan dan menyukarkan para juruterbang untuk mengawal pesawat.

Kedua-dua nahas melibatkan pesawat itu baru-baru ini berlaku sejurus selepas pesawat berlepas. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita