Boeing henti pengeluaran 737 MAX bulan depan
Boeing mengumumkan pada Isnin (16 Dis) pihaknya akan menghentikan buat sementara pengeluaran pesawat 737 MAX bulan depan. Syarikat tersebut masih lagi berusaha untuk mengembalikan operasi penerbangan pesawat itu ekoran dua nahas yang berlaku.

Pesawat Boeing 737 MAX (Gambar: Reuters/Jason Redmond)
WASHINGTON: Boeing mengumumkan pada Isnin (16 Dis) pihaknya akan menghentikan buat sementara pengeluaran pesawat 737 MAX bulan depan. Syarikat tersebut masih lagi berusaha untuk mengembalikan operasi penerbangan pesawat itu ekoran dua nahas yang berlaku.
Bagaimanapun, syarikat itu menegaskan pihaknya tiada rancangan untuk memberhentikan pekerja atau memaksa mereka mengambil cuti.
"Kami sebelum ini menyatakan bahawa kami akan secara berterusan menilai rancangan pengeluaran kami sekiranya penggantungan MAX berlanjutan lebih lama daripada yang kami jangkakan," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.
"Hasil daripada penilaian berterusan itu, kami memutuskan untuk mengutamakan penghantaran pesawat simpanan dan menggantung pengeluaran program 737 yang bermula bulan depan."
Pengawal selia Amerika Syarikat sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak akan dapat meluluskan penyambungan khidmat penerbangan pesawat itu sebelum 2020.
Meskipun pesawat tersebut digantung penerbangan merata dunia sejak Mac ekoran nahas di Indonesia dan Habsyah, Boeing terus menghasilkan 40 pesawat setiap bulan, yang menambah lagi dilema mencari ruang menyimpan pesawat-pesawat tersebut.
Syarikat itu menyatakan ia akan terus membayar para pekerjanya meskipun pengeluaran dihentikan sementara. Namun langkah itu menimbulkan persoalan berhubung masa depan para pembekal bahagian yang menyumbang kepada pembuatan jet itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.