Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

BlueSG capai 1 juta sewa meski perniagaan merosot semasa 'circuit breaker'

Hampir tiga tahun selepas ia pertama kali dilancarkan di Singapura, khidmat kongsi kereta elektrik BlueSG mengumumkan pada Isnin (10 Ogos) ia mencatat 1 juta sewa dan menerima 80,000 langganan. 

Anggaran Waktu Membaca:
BlueSG capai 1 juta sewa meski perniagaan merosot semasa 'circuit breaker'

Kereta elektrik BlueSG. (Gambar: Olivia Siong)

Diterbitkan : 10 Aug 2020 05:59PM Dikemas Kini : 10 Aug 2020 06:01PM

SINGAPURA: Hampir tiga tahun selepas ia pertama kali dilancarkan di Singapura, khidmat kongsi kereta elektrik BlueSG mengumumkan pada Isnin (10 Ogos) ia mencatat 1 juta sewa dan menerima 80,000 langganan.

Ini walaupun perniagaan merosot semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 dari April hingga Jun.

Sebelum ini, Mediacorp melaporkan permintaan bagi kebanyakan khidmat kongsi kereta termasuk BlueSG melonjak setelah sekatan dilonggarkan pada 2 Jun.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu menyatakan BlueSG dilancarkan pada Disember 2017 sebagai skim kongsi kereta elektrik berskala besar yang pertama di Singapura. Ia kini mempunyai 667 kereta dan 345 stesen dengan 1,371 tempat mengecas di serata negara.

Ini termasuk di estet perumahan awam, pusat beli-belah dan Sentosa.

BlueSG berkata ia mengalami "pertumbuhan kukuh" dalam kedua-dua penjualan keanggotan dan kadar sewa semasa Fasa 1 dan 2 pembukaan semula Singapura, menurut BlueSG.

Para pengguna dikenakan bayaran berdasarkan berapa lama mereka menggunakan kereta itu dan bukannya mengikut jarak perjalanan mereka.

Pengguna boleh memilih dua pelan langganan: pelan keahlian enam bulan 'premium' berharga S$18 sebulan termasuk sewa percuma selama 45 minit setiap bulan ataupun pelan keahlian bulanan 'asas' pada harga S$8 sebulan.

Kedua-dua pelan itu termasuk kadar sewa 33 sen seminit.

Selain itu, anggota BlueSG boleh memilih antara dua pakej sewa - pakej tiga jam berharga S$39.90 atau bayar S$49.90bagi pakej lima jam.

Harga itu, yang masing-masing sudah dikurangkan daripada S$59.40 dan S$99, ditawarkan sehingga hujung September.

BlueSG — anak syarikat firma pengangkutan Perancis, Bollore Group - kini hampir 100,000 kali disewa dan 4,000 langganan setiap bulan, kata pengarah urusan BlueSG, Franck Vitte.

Encik Vitte menambah tinjauan menunjukkan pengguna BlueSG kebanyakannya menggunakan khidmat itu sekali-sekala "sebagai pelengkap pengangkutan awam iaitu sejajar dengan tujuan awal syarikat tersebut".

Di bawah satu perjanjian antara Bollore Group dengan Singapura, BlueSG merancang untuk menyediakan 1,000 kereta elektrik di jalan raya dan 500 stesen dengan 2,000 tempat mengecas.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan