Bitcoin cecah paras rekod AS$120,000 buat kali pertama
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: Reuters/Edgar Su)
SINGAPURA: Bitcoin melepasi paras AS$120,000 (S$153,803) buat kali pertama pada Isnin (14 Jul), menandakan titik paling bersejarah bagi mata wang kripto terbesar di dunia itu.
Bitcoin mencapai paras rekod AS$121,207.55 (S$155,353) dalam sesi Asia pada Isnin sebelum berundur sedikit pada sesi dagangan akhir untuk mencatatkan paras AS$121,015.42 (S$155,110).
Bermula Isnin, Dewan Perwakilan Amerika Syarikat akan membahaskan siri Rang Undang-Undang untuk memberikan industri aset digital dengan rangka kerja kawal selia negara yang sudah lama ia tuntut.
Tuntutan itu disokong oleh Presiden Amerika Donald Trump, yang mengelarkan dirinya sebagai "presiden kripto" dan menggesa para penggubal dasar supaya merombak peraturan bagi memberi laluan kepada inovasi aset digital.
Beliau turut mengumumkan penubuhan Rizab Strategik Bitcoin negara sebagai sebahagian daripada agenda ekonomi digital pentadbirannya.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.