Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Big Box dibeli pada harga S$118 juta, akan dibangunkan semula jadi taman niaga

Pusat beli-belah Big Box di Jurong East telah dibeli syarikat Perennial Real Estate dengan harga S$118 juta, menurut pemaju hartanah itu pada Jumaat (4 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Big Box dibeli pada harga S$118 juta, akan dibangunkan semula jadi taman niaga

Gambaran bangunan Big Box di Jurong East diubah jadi Perennial Business City (Gambar: Perennial)

Diterbitkan : 04 Dec 2020 08:40PM Dikemas Kini : 04 Dec 2020 08:58PM

SINGAPURA: Pusat beli-belah Big Box di Jurong East telah dibeli syarikat Perennial Real Estate dengan harga S$118 juta, menurut pemaju hartanah itu pada Jumaat (4 Dis).

Dalam satu kenyataan media, Perennial menyatakan pihaknya sudah mendapat pengesahan Perbadanan JTC agar zon tapak tersebut diubah menjadi taman perniagaan.

Lebih S$70 juta juga dijangka akan dilaburkan untuk membangunkan semula bekas ruang gudang itu, yang memiliki keluasan tanah sekitar 606,600 kaki persegi.

Hartanah yang dibangunkan semula itu akan dinamakan semula sebagai Taman Perniagaan Perennial dan dijangka siap "secara bertahap-tahap" bermula suku keempat tahun depan, kata pemaju hartanah itu.

Firma hartanah komersil CBRE Singapore dilantik untuk menguruskan pemasaran dan penyewaan ruang kepada bakal penyewa dari industri seperti teknologi infokom, sains bioperubatan, barangan pengguna dan kewangan.

Perennial akan memiliki majoriti 51 peratus kepentingan di projek Bandar Perniagaan Perennial itu,katanya.

Bakinya akan dipegang oleh pelabur lain termasuk HPRY Holdings, cabang pelaburan Encik Kuok Khoon Hong, yang juga pengerusi Perennial.

Urus niaga tersebut dijangka selesai pada pertengahan Februari 2021.

Big Box adalah antara kemudahan yang dilengkapkan baru-baru ini dengan katil untuk menempatkan pesakit COVID-19.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan