Skip to main content

Kewangan

Berlian sintetik gugat industri berlian di India

Minat terhadap berlian sintetik kian meningkat sejak syarikat terkenal di dunia, De Beers mengumumkan rancangan memasuki pasaran tersebut. Namun ini menimbulkan kebimbangan di negara-negara yang mempunyai industri memotong dan menggilap berlian seperti India.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Sep 2018 09:12PM Dikemas Kini : 03 Sep 2018 09:27PM

INDIA: Minat terhadap berlian sintetik kian meningkat sejak syarikat terkenal di dunia, De Beers mengumumkan rancangan memasuki pasaran tersebut.

Namun ini menimbulkan kebimbangan di negara-negara yang mempunyai industri memotong dan menggilap berlian seperti India.

Sebuah syarikat India, Hiraco, menemui potensi pasaran ini lima tahun lalu dan memutuskan untuk menukar daripada menjual berlian tulen kepada jenis sintetik.

Menurut Pengarah syarikat Hiraco, berlian asli dan yang dicipta dalam makmal, nampak sama. Tetapi harga berlian sintetik 25 peratus lebih rendah.

Berlian sintetik ini umpamanya berharga AS$400 (S$548.50), sedangkan berlian tulen yang serupa berharga AS$1,200 (S$1,645.40).

Populariti berlian sintetik mendapat pengesahan mutu apabila syarikat permata ternama di dunia De Beers mengumumkan Mei lalu, ia akan mula menjual barang kemas berlian yang dihasilkan dalam makmal.

Walaupun belum berkembang pesat di India, pertumbuhan pasaran berlian sintetik dikhuatiri akan mengancam industri berlian di negara itu.

Sebahagian besar berlian asli di dunia dicanai dan digilap di India sebelum dieksport ke negara-negara seperti Amerika Syarikat dan China.

Setakad ini jumlah eksport berlian sintetik dari India berjumlah AS$101 juta (S$138.50 juta) berbanding AS$82 juta (S$112.40 juta) setahun lalu.

Dan ini kian membimbangkan Majlis Promosi Eksport Barang Kemas India walaupun jumlah eksport berlian tulen kini jauh lebih besar iaitu AS$19 bilion (S$26.10 bilion). 

Sumber : Agensi berita/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita