Skip to main content

Kewangan

Belanjawan 2020 disampaikan pada 3 petang, 18 Feb

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan menyampaikan Kenyataan Belanjawan Singapura bagi tahun kewangan 2020, mulai 3 petang di Parlimen Selasa depan (18 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Belanjawan 2020 disampaikan pada 3 petang, 18 Feb

Menteri Kewangan Heng Swee Keat di Bangunan Parlimen (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 10 Feb 2020 10:24PM Dikemas Kini : 18 Feb 2020 02:46PM

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan menyampaikan Kenyataan Belanjawan Singapura bagi tahun kewangan 2020, mulai 3 petang di Parlimen Selasa depan (18 Feb).

Ucapan Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di CNA dan CNA938 serta meWATCH Mediacorp.

Ucapan secara langsung itu juga boleh diikuti melalui laman web Belanjawan Singapura, ujar Kementerian Kewangan (MOF) serta unit maklum balas pemerintah dan Persatuan Rakyat dalam kenyataannya hari ini (10 Feb).

MOF juga bekerjasama dengan Persatuan Kurang Daya Pendengaran Singapura untuk menyediakan terjemahan ucapan itu dalam bahasa isyarat di laman Belanjawan Singapura.

Di samping itu, kemas kini Kenyataan Belanjawan akan dikongsi dalam masa nyata di laman Facebook dan akaun Twitter MOF.

Orang ramai boleh mendaftar untuk menerima kenyataan penuh Belanjawan menerusi emel selepas ia disampaikan. Khidmat itu hanya ditawarkan kepada mereka yang membuat pendaftaran sehingga 2 petang, Jumaat ini.

Kemas kini Belanjawan juga ditawarkan menerusi khidmat WhatsApp dan Telegram MOF. Perinciannya boleh diperolehi di laman Belanjawan Singapura.

MAKLUM BALAS

Orang ramai boleh berkongsi pandangan mereka mengenai Belanjawan 2020 menerusi pelbagai saluran maklum balas.

Ia termasuk laman Belanjawan Singapura, laman mikro REACH, akaun Facebook dan Instagram REACH serta borang maklum balas REACH.

Selain itu, REACH juga akan menyediakan pusat-pusat mendengar di merata Singapura bagi memudahkan rakyat berkongsi maklum balas mereka.

Persatuan Rakyat pula bersama badan-badan akar umbi akan menganjurkan sesi dialog dan sembang santai untuk mendapatkan pandangan penduduk tentang langkah-langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2020.

Mereka yang berminat boleh mendaftarkan nama mereka di Pusat Hubungan PA di 6344 8222 atau secara online di www.go.gov.sg/postbudget.

Sesi-sesi mendampingi masyarakat pasca Belanjawan mungkin diubah bagi mengambil kira keadaan virus korona baru yang berubah-ubah. Ini bagi memastikan kesihatan awam. MOF, REACH dan PA akan memuat naik sebarang kemas kini di laman web atau saluran media sosial masing-masing.

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita