Skip to main content

Kewangan

Belanjawan 2019 disampaikan 18 Feb

Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan menyampaikan Kenyataan Belanjawan 2019 di Parlimen pada 18 Feb.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Jan 2019 10:05AM Dikemas Kini : 01 Jan 2019 10:39PM

SINGAPURA: Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan menyampaikan Kenyataan Belanjawan 2019 di Parlimen pada 18 Feb.

Dalam satu kenyataan media hari ini (1 Jan), Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan Kenyataan Belanjawan 2019 akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan radio. Ia juga akan disiarkan secara online di laman Singapore Budget.

Kenyataan Belanjawan akan dimuat naik ke laman Singapore Budget setelah ia selesai disampaikan, tambah MOF.

Di samping itu, kemas kini Kenyataan Belanjawan akan dikongsi dalam masa nyata di laman Facebook dan akaun Twitter MOF.

Satu sesi maklum balas Pra Belanjawan bakal diadakan pada Khamis, 10 Jan, dari 7.00 malam hingga 10.00 malam, menurut MOF. 

Rakyat Singapura juga boleh berkongsi pandangan dan saranan mereka tentang Belanjawan 2019 di Pusat-Pusat Mendengar Pra-Belanjawan REACH yang merupakan wadah terbuka dan mudah untuk rakyat Singapura berkongsi maklum balas mereka.

Sesi maklum balas yang berterusan itu akan ditutup pada Jumaat (11 Jan).  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita