Bekas pengurus sumber manusia anak syarikat Hyflux dituduh terima rasuah
Seorang bekas pengurus sumber manusia di sebuah anak syarikat firma rawatan air Hyflux dituduh menerima rasuah.
SINGAPURA: Seorang bekas pengurus sumber manusia di sebuah anak syarikat firma rawatan air Hyflux dituduh menerima rasuah.
Khoo Chen Ee, 36 tahun, didakwa menerima rasuah S$7,000 antara Ogos dengan Disember 2018.
Pendakwaan terhadapnya dilakukan sehari selepas Hyflux dan para pengarahnya disoal siasat berhubung kesalahan tadbir urus korporat.
Pihak berkuasa menyiasat Hyflux sekiranya ada kesilapan dalam pendedahan Hyflux mengenai Projek Air dan Tenaga Bersepadu Tuaspring serta tidak mematuhi piawaian perakaunan antara tahun 2011 dengan 2018.
Menurut pihak berkuasa siasatan itu tidak ada kena mengena dengan usaha penyusunan semula syarikat itu.
Para pelabur Hyflux telah meminta agar dibentuk sebuah lembaga pengarah baru.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.