Beberapa negeri Amerika bantah larangan peraturan AI dalam rang undang-undang cukai Trump
Anggaran Waktu Membaca:
Peguam Negeri California pada November 23, 2024. (Gambar fail: Reuters)
SAN FRANCISCO: Beberapa peguam negara Democratic dan Republican pada Jumaat (16 Mei) menggesa Kongres supaya menolak moratorium untuk mengawal selia kecerdasan buatan (AI) seperti yang tertera dalam Rang Undang-Undang cukai Presiden Amerika Donald Trump.
Beberapa peguam kanan mewakili 40 negeri Amerika menandatangani surat untuk menggesa para pemimpin di Kongres supaya menolak moratorium kawal selia AI yang dimasukkan ke dalam rang undang-undang penyelarasan belanjawan.
"Kesan daripada moratorium itu adalah meluas dan aka memusnahkan sepenuhnya usaha pemerintah untuk mengelakkan bahaya yang dikaitkan dengan penggunaan AI," menurut kandungan surat itu.
"Rang undang-undang ini akan menjejas beratus-ratus undang-undang negara sedia ada dan belum lagi diluluskan serta dipertimbangkan oleh badan perundangan negeri Republican dan Democrat."
Sekumpulan 40 peguam negara, termasuk wakil Republican dari Ohio, Tennessee, Arkansas, Utah dan Virginia serta negeri-negeri lain, menggesa Kongres supaya membatalkan usulan itu pada Jumaat (16 Mei).
Peguam negara dari California - yang juga merupakan lokasi syarikat AI terkemuka itu diasas, termasuk OpenAI, Alphabet, Meta Platforms dan Anthropic - tergolong dalam kalangan anggota parti Democrat yang menandatangani surat berkenaan.
"Saya menentang sama sekali sebarang percubaan untuk sekat negeri daripada mengusulkan dan menguatkuasakan peraturan yang masuk akal; negeri-negeri harus dibenarkan untuk melindungi penduduk masing-masing dengan bertindak balas terhadap teknologi AI yang muncul dan berkembang," kata Peguam Negara Rob Bonta.
California menguatkuasakan pelbagai rang undang-undang tahun ini, sekaligus mengehadkan penggunaan AI secara khusus, selain memutuskan jenis undang-undang yang akan disekat di bawah moratorium.
Seperti beberapa negeri lain, California menyifatkan penggunaan AI untuk menjana imej individu secara lucah tanpa kebenaran mereka sebagai satu perbuatan jenayah.
Negeri itu juga melarang pemalsuan serupa asli (deepfakes) yang tidak dibenarkan dalam pengiklanan politik,
Para penyedia khidmat jagaan kesihatan bahkan perlu mengisytiharkan kepada pesakit setiap kali mereka berinteraksi dengan AI dan bukan manusia.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.