Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Bayaran NETS bagi pembeli S'pura di Msia

Kad ATM NETS kini boleh digunakan untuk membuat pembayaran di Malaysia. Menurut seorang jurucakap NETS kepada Mediacorp hari ini (19 Nov) terdapat 4,500 lokasi yang menerima pembayaran ATM NETS di merata Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Nov 2018 02:35PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 03:54PM

SINGAPURA: Kad ATM NETS kini boleh digunakan untuk membuat pembayaran di Malaysia. Menurut seorang jurucakap NETS kepada Mediacorp hari ini (19 Nov) terdapat 4,500 lokasi yang menerima pembayaran ATM NETS di merata Malaysia.

Di Johor Bahru misalnya, kad-kad NETS yang dikeluarkan oleh bank-bank Singapura boleh digunakan di pusat beli-belah popular seperti Johor Bahru City Square, KSL City dan Sutera Mall.

Jurucakap itu menambah bahawa khidmat pembayaran NETS mula ditawarkan pada awal bulan ini, dan para pembeli tidak perlu membayar yuran pertukaran mata wang apabila membuat bayaran. Mereka juga boleh menikmati kadar pertukaran yang lebih kompetitif apabila menggunakan khidmat tersebut.

Pada September lalu, NETS mengumumkan kerjasama dengan rangkaian pembayaran global UnionPay bagi membolehkan pelanggan menggunakan aplikasi NETSPay apabila membuat pembayaran melalui kod Respons Pantas (QR) dan pembayaran tanpa sentuhan melalui UnionPay di beberapa negara lain termasuk Malaysia, Korea Selatan dan Thailand.

Pada 12 November, Kumpulan NETS memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat Thailand, National ITMX bagi membolehkan para pelanggan Singapura untuk menggunakan NETSPay di negara itu dan bagi rakyat Thai menggunakan khidmat perbankan mudah alih di Singapura menerusi kod QR.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan