Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Bank tempatan naikkan kadar faedah simpanan tetap; permintaan melonjak bagi pulangan selamat

Anda berhasrat memperuntukkan wang dalam simpanan tetap? Ini berita baik!

Anggaran Waktu Membaca:
Bank tempatan naikkan kadar faedah simpanan tetap; permintaan melonjak bagi pulangan selamat

Deretan ATM meliputi pelbagai bank disediakan di Lapangan Terbang Changi Singapura. (Gambar: iStock)

Diterbitkan : 05 Sep 2022 08:34PM Dikemas Kini : 05 Sep 2022 08:34PM
SINGAPURA: Anda berhasrat memperuntukkan wang dalam simpanan tetap? Ini berita baik!

Sedang kadar faedah bagi kedua-dua akaun pinjaman dan akaun simpanan meningkat, kadar untuk simpanan tetap juga naik sama.

Beberapa bank di Singapura melancarkan promosi dengan kadar faedah bulan ini mencecah sehingga 2.6 peratus bagi simpanan tetap selama 12 bulan dan 2.7 peratus untuk 24 bulan.

Kebanyakan pemiutang mensyaratkan sekurang-kurangnya S$20,000 diletakkan ke dalam simpanan tetap untuk menikmati kadar faedah promosi tersebut.

Simpanan tetap, juga dikenali sebagai deposit bertempoh, membolehkan seseorang untuk meraih jumlah kaedah terjamin bagi simpanan wang yang besar bersama sesebuah bank buat tempoh tertentu.

Berbeza dengan akaun simpanan biasa, pelanggan bagaimanapun tidak boleh mengeluarkan wang tersebut sebelum tamat tempoh berkenaan.

UOB menjadi antara bank yang menyesuaikan promosi simpanan tetap bulanan secara lebih agresif, menawarkan kadar faedah tertinggi berbanding pelbagai pilihan tenor lain.

Bagi September, kadar promosi untuk simpanan tetap selama 10 bulan adalah 2.4 peratus, naik berbanding 1.6 peratus pada bulan lalu.

Kadar faedah untuk simpanan tetap selama 12 bulan adalah 2.6 peratus, berkemungkinan yang tertinggi di negara ini setakat Isnin (5 Sep), ketika Mediacorp memeriksa kesemua bank lain.

Satu lagi bank tempatan, OCBC, menawarkan kadar faedah 2.3 peratus bagi simpanan tetap 12 bulan, menurut kadar promosi terkininya yang didedahkan pada hujung minggu lalu.

Dalam kalangan pemiutang asing, RHB menokok kadar promosi bagi simpanan tetap selama 24 bulan kepada 2.7 peratus setiap tahun dari 2.3 peratus. Promosi untuk 12 bulan pula adalah 2.45 peratus, manakala kadar faedah 1.8 peratus bagi deposit selama enam bulan juga disediakan buat mereka yang lebih memilih tempoh simpanan lebih singkat.

Maybank juga melancarkan kadar promosi baru pada bulan ini untuk tempoh simpanan tetap yang lebih panjang - 2.35 peratus setiap tahun bagi tempoh 18 bulan dan 2.4 peratus setahun untuk 24 bulan. Ini di samping kadar promosi sedia ada sebanyak 2.2 peratus dan 2.3 peratus, masing-masing untuk tempoh 12 bulan dan 15 bulan.

Seorang jurucakap Maybank berkata bank tersebut membayar faedah secara langsung sebelum hari bekerja berikutnya sebaik saja wang simpanan tetap dimasukkan.

Bank Standard Chartered juga menawarkan tawaran seumpama itu pada bulan ini, menawarkan kadar faedah 1.8 peratus bagi simpanan tetap sekurang-kurangnya S$25,000 selama tempoh 12 bulan.

Bank itu juga menawarkan pilihan simpanan tetap "mampan", yang digambarkan sebagai membolehkan pelanggan untuk merujukkan modal mereka dengan pinjaman mampan dan projek bank berkenaan. Kadar faedah promosi bagi pilihan itu adalah 1.8 peratus buat masa ini bagi tempoh 12 bulan.

Sementara itu, DBS - bank terbesar Singapura - sejauh ini merupakan satu-satunya bank yang belum menyertai langkah untuk menawarkan promosi kadar faedah bagi simpanan tetap.

Namun, ia memberitahu Mediacorp, ia kekal satu-satunya bank yang menaikkan kadar niaga dan kadar simpanan tetap umum.
Sumber : CNA/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa