Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Bank England naikkan kadar faedah tertinggi dalam 33 tahun untuk tangani inflasi

Anggaran Waktu Membaca:
Bank England naikkan kadar faedah tertinggi dalam 33 tahun untuk tangani inflasi

Bangunan Bank England (Gambar: AFP)

LONDON: Bank Pusat England (BOE) mengumumkan kenaikan kadar faedah terbesar sejak 1989 dalam usaha meredakan kadar inflasi di Britain yang semakin meningkat.

Kadar faedah pinjaman dinaik sebanyak 0.75 peratusan mata ke paras tiga peratus iaitu yang tertinggi sejak krisis kewangan global tahun 2008.

Selepas mesyuaratnya yang biasa, BOE juga memberi amaran, ekonomi Britain berisiko mengalami kemelesetan selama dua tahun sehingga pertengahan 2024.

Negara itu mengalami kemelesetan teknikal dalam suku ketiga tahun ini.

Gabenor BOE, Andrew Bailey memberitahu sidang media, kenaikan besar harga tenaga berikutan pencerobohan Rusia di Ukraine menyebabkan Britain kini lebih miskin sebagai sebuah negara.

Kadar inflasi Britain sekarang, hampir 11 peratus, yang tertinggi dalam masa 40 tahun.
Sumber : Agensi berita/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan