Badan pengawas persaingan: Gabungan Grab-Uber kurangkan persaingan
Dapatan peringkat awal CCCS menunjukkan bahawa perjanjian untuk bergabung antara Grab dan Uber menyebabkan "persaingan berkurangan dengan ketara" dalam wadah tempahan khidmat kereta sewa privet.
SINGAPURA: Dapatan peringkat awal Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) menunjukkan bahawa perjanjian untuk bergabung antara Grab dan Uber menyebabkan "persaingan berkurangan dengan ketara" dalam wadah tempahan khidmat kereta sewa privet.
Ini menurut satu kenyataan CCCS pada Khamis (5 Jul).
"CCCS sudah lengkapkan siasatannya setelah mendapatkan bukti daripada pihak-pihak terlibat dan pihak ketiga," menurut kenyataannya.
"Dapatan pada peringkat awal CCCS menunjukkan bahawa urus niaga ini menghapuskan persaingan antara Grab dengan Uber, yang merupakan pesaing terdekat. Entiti yang wujud hasil gabungan ini mungkin boleh menaikkan harga, dan hakikatnya ia sudah berbuat demikian sejak urus niaga itu lengkap," menurut CCCS.
Sehubungan dengan dapatan awal ini, pihak suruhanjaya itu juga mengusulkan beberapa cara untuk mengembalikan persaingan dalam pasaran dan mengenakan denda kewangan ke atas pihak-pihak yang terlibat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.