Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Axiata mungkin tolak tawaran Keppel, SPH bagi M1

Axiata Group Bhd, pemegang saham terbesar syarikat M1 yang tersenarai dalam Bursa Singapura (SGX), berkemungkinan akan menolak tawaran dari Keppel Corp dan Singapore Press Holdings Ltd (SPH) untuk mengambil alih M1. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Sep 2018 02:29PM Dikemas Kini : 27 Sep 2018 09:03PM

SINGAPURA: Axiata Group Bhd, pemegang saham terbesar syarikat M1 yang tersenarai dalam Bursa Singapura (SGX), berkemungkinan akan menolak tawaran dari Keppel Corp dan Singapore Press Holdings Ltd (SPH) untuk mengambil alih M1. Demikian menurut sumber yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu pada Khamis (27 Sep).

Axiata menyifatkan tawaran bernilai S$2.06 bagi setiap saham M1 sebagai "bersifat oportunis" dan "tidak mencukupi", menurut sumber, yang enggan dinamakan kerana Axiata belum mengeluarkan respons terhadap tawaran Keppel dan SPH itu.

Axiata, yang memegang 28.3 saham M1, sedang berunding untuk berganding bahu dengan syarikat ekuiti privet dan syarikat lain sedang ia menimbangkan pilihan-pilihan lain, selain menawarkan untuk meningkatkan pegangan saham dalam M1.

Axiata bagaimanapun enggan mengulas tentang isu ini dan sebaliknya menyatakan ia akan mengeluarkan respons hari ini (27 Sep).

SPH dan Keppel Corp menawarkan premium 26 peratus untuk memerolehi saham yang ditutup pada harga S$1.63 pada Jumaat (21 Sep).

SPH buat masa ini memegang 13.45 peratus saham M1 sementara KCL memegang 19.7 peratus saham melalui Keppel T&T, menurut Reuters. Kedua-dua syarikat dan pihak-pihak berkaitan memegang 33.27 peratus saham M1, yang mempunyai modal pasaran sebanyak S$1.51 bilion.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan