Apple tidak bayar hutang Qualcomm?
Qualcomm Inc menyatakan semasa perbicaraan mahkamah pada Jumaat (26 Okt) bahawa Apple Inc berhutang AS$7 bilion (S$9.66 bilion) dalam pembayaran royalti paten kepada syarikat cip itu, yang membekalkan komponen-komponen bagi alat mudah alih iPhone sejak beberapa tahun lalu.

(Gambar fail: Lucy Nicholson/Reuters)
SAN DIEGO: Qualcomm Inc menyatakan semasa perbicaraan mahkamah pada Jumaat (26 Okt) bahawa Apple Inc berhutang AS$7 bilion (S$9.66 bilion) dalam pembayaran royalti paten kepada syarikat cip itu, yang membekalkan komponen-komponen bagi alat mudah alih iPhone sejak beberapa tahun lalu.
Apple dan Qualcomm terlibat dalam satu siri tuntutan mahkamah.
Apple menuduh Qualcomm melakukan amalan pelesenan patent tidak adil. Qualcom, iaitu syarikat pembekal cip telefon bimbit terbesar di dunia, pula menuduh Apple melanggar hak cipta paten.
Qualcomm mengeluarkan komen-komen mengenai jumlah royalti yang tidak dibayar itu semasa perbicaraan di mahkamah persekutuan di San Diego.
Apple bagaimanapun mempertikaikan jumlah royalti yang perlu dilunaskan kepada Qualcomm.
Apple berhujah bahawa Qualcomm memaksa syarikat itu membayar jumlah patent sebanyak dua kali - sekali setelah Apple menggunakan cip yang dibuat oleh Qualcomm bagi alat mudah alih iPhone dan sekali lagi menerusi royalti patent.
Qualcomm pula berhujah bahawa amalannya adalah sah dari segi undang-undang, dan turut menyatakan bahawa Apple sedang cuba untuk memusnahkan model perniagaan Qualcomm setelah mempersetujuinya selama bertahun-tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.