Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Apple mungkin pindahkan 25% pengeluaran iPhone ke India jelang 2025

Anggaran Waktu Membaca:
Apple mungkin pindahkan 25% pengeluaran iPhone ke India jelang 2025

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Sep 2022 09:57PM Dikemas Kini : 21 Sep 2022 11:11PM
CALIFORNIA: Syarikat Apple mungkin akan menghasilkan 25 peratus iPhone di India menjelang tahun 2025.

Demikian menurut penganalisis JP Morgan pada Rabu (21 Sep) sedang gergasi teknologi itu memindahkan beberapa pengeluaran dari China di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin memuncak serta perintah berkurung COVID-19 yang ketat di negara itu.

Pembrokeran itu menjangkakan syarikat Apple akan memindahkan kira-kira 5 peratus daripada pengeluaran iPhone 14 dari lewat tahun 2022 ke India, yang merupakan pasaran telefon bijak kedua terbesar di dunia selepas China.

JP Morgan juga menganggarkan sekitar 25 peratus daripada semua produk Apple, termasuk Mac, iPad, jam tangan Apple Watch dan AirPods, akan dikilangkan di luar China menjelang 2025 berbanding 5 peratus buat masa ini.

Pandemik sudah menghambat rancangan pemindahan semula rantaian bekalan untuk perniagaan, namun dengan sekatan yang dilonggarkan, lebih banyak syarikat termasuk Apple sedang mempercepatkan semula usaha tersebut tahun ini.

"Vendor Taiwan seperti Hon Hai dan Pegatron memainkan peranan penting dalam penempatan semula ke India. Dalam jangka masa sederhana hingga panjang, kami juga menjangkakan Apple untuk melayakkan pembekal pembuatan India tempatan", menurut penganalisis JP Morgan yang diketuai oleh Gokul Hariharan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan