Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Apple lancar ciri-ciri baharu AI untuk perantinya

Anggaran Waktu Membaca:
SAN FRANCISCO: Apple pada Isnin (28 Okt) melancarkan set pertama ciri-ciri kecerdasan buatan (AI) yang digelar 'Apple Intelligence' bagi peranti premium iPhone, iPad dan Mac.

Ia sekali gus menandakan dorongan utama gergasi teknologi itu ke arah teknologi generatif AI.

Pelancaran baharu itu yang pertama kali diumumkan pada Jun lalu, menandakan percubaan Apple dalam pasaran teknologi AI, yang bertambah sengit dengan kemasukan beberapa gergasi teknologi Amerika Syarikat yang lain.

Google, Microsoft, Amazon dan Apple yakin bahawa kuasa teknologi generatif AI adalah perkembangan seterusnya dalam bidang pengkomputeran dan ia juga meningkatkan perbelanjaan supaya tidak ketinggalan.

"Apple Intelligence adalah teknologi generatif AI yang hanya boleh ditawarkan oleh Apple, dan kami sangat teruja mengenai keupayaan memperkayakan kehidupan para pengguna," kata ketua pegawai eksekutif (CEO) Apple Tim Cook dalam satu catatan blog.

Ciri-ciri baharu Apple itu termasuk alat menulis yang dipertingkatkan, keupayaan carian gambar yang diperbaiki dan penolong maya Siri yang lebih ramah.

Syarikat itu juga merancang untuk menyepadukan keupayaan ChatGPT ke dalam khidmatnya menjelang Disember ini.

Ciri-ciri tambahan yang dirancang bagi Disember termasuk keupayaan menghasilkan emoji yang disesuaikan dan menghasilkan imej daripada butiran gambar.

Ciri-ciri tersebut bagaimanapun sebahagian besar dihadkan kepada peranti iPhone dan iPad yang terkini serta komputer Mac.
Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan