Apple buka kedai online pertama di Vietnam
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail logo Apple di Amerika Syarikat pada 14 Sep 2021. (Gambar: Nicholas Kamm/AFP)
HANOI: Apple akan membuka kedai online pertamanya di Vietnam pada Khamis (18 Mei) dalam usaha untuk meningkatkan operasi di pasaran yang sedang pesat membangun.
Kedai online itu akan mempunyai pasukan pakar yang bersedia untuk berkongsi kepakaran dalam bahasa Vietnam bagi menyokong pelanggan yang memerlukan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Kedai online lazimnya dibuka sebelum pembukaan kedai runcit. Apple kini menjual produk di Vietnam melalui vendor berlesen.
Naib presiden kanan peruncitan Apple, Deirdre O'Brien, berkata syarikat itu bangga dapat mengembangkan operasinya di Vietnam.
Pada 2022, import telefon CBU (unit import sepenuhnya) Vietnam mencatat perolehan sebanyak AS$3.5 bilion (S$4.7 bilion), meningkat 10.5 peratus berbanding 2021, menyumbang 16.6 peratus daripada perolehan import telefon dan komponen.
Telefon Apple, Samsung, Oppo dan Xiaomi adalah jenama yang paling digemari, menyumbang 93.4 peratus.
Import iPhone menyaksikan pertumbuhan paling ketara dengan peningkatan 46 peratus kepada AS$1.16 bilion (S$1.5 bilion).

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.