Skip to main content

Kewangan

Andhra Pradesh batal projek konsortium Singapura bangun ibu kota baru Amaravati

Projek bersama Singapura dengan wilayah Andhra Pradesh, India, di ibu kota wilayah tersebut sudahpun ditamatkan secara rasmi.

Anggaran Waktu Membaca:
Andhra Pradesh batal projek konsortium Singapura bangun ibu kota baru Amaravati

Pelaburan $15 bilion diperlukan untuk mengubah Amaravati kepada ibu kota Andhra Pradesh, salah sebuah negeri terbesar di India. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Nov 2019 06:45PM Dikemas Kini : 12 Nov 2019 06:57PM

SINGAPURA: Projek bersama Singapura dengan wilayah Andhra Pradesh, India, di ibu kota wilayah tersebut sudahpun ditamatkan secara rasmi.

Menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), pemerintah Andhra Pradesh mengeluarkan arahan pada Isnin (11 Nov) agar projek tersebut ditamatkan.

Konsortium Singapura yang memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) untuk membangunkan projek Amaravati, dua tahun lalu, bersetuju dengan langkah menamatkan projek tersebut.

Projek 'Amaravati Capital City Start-Up', ditamatkan menyusuli pemilihan pemerintah baru di wilayah Andhra Pradesh.

Menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan S Iswaran, syarikat-syarikat sedar akan risiko apabila menebarkan sayap ke luar negara.

Konsortium Singapura, terdiri daripada Ascendas Singbridge dan Sembcorp Development, pernah menyatakan projek berkenaan melibatkan perbelanjaan beberapa juta dolar.

Pemansuhan projek tersebut, bagaimanapun, tidak akan menjejas pelan pelaburan di India.

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita