Skip to main content

Kewangan

Amazon berhentikan hampir 1,000 pekerja, kebanyakannya dalam bahagian runcit

Gergasi e-dagang Amazon mengesahkan pada Rabu (7 Okt) bahawa ia memberhentikan sebilangan kecil pekerja, kebanyakannya dalam bahagian runcit yang mengendalikan platform beli-belah onlinenya.

Anggaran Waktu Membaca:
Amazon berhentikan hampir 1,000 pekerja, kebanyakannya dalam bahagian runcit

Kotak-kotak bergerak di atas tali sawat di pusat pemenuhan pesanan Amazon di Robbinsville, New Jersey, Amerika Syarikat, pada 2 Disember 2024. (Gambar fail: REUTERS/Eduardo Munoz)

Diterbitkan : 08 Oct 2026 10:05AM
Amazon lays off nearly 1,000 employees, most of them in its retail division
  • Amazon confirmed on Oct 7 that a small number of employees had been laid off, mainly in its retail division, which runs its online shopping platform.
  • Sources said about 1,000 office workers were affected, including in the United States, India and Britain, as the Prime Big Deal Days promotion was under way.
  • An Amazon spokesperson said the restructuring of its retail operations was carried out to help the company execute its business priorities more effectively.
  • The move followed the layoff of about 30,000 employees since last year, which Jeff Bezos linked to over-hiring during the COVID-19 pandemic.
Dijana oleh AI
SAN FRANCISCO: Gergasi e-dagang Amazon mengesahkan pada Rabu (7 Okt) bahawa ia memberhentikan sebilangan kecil pekerja, kebanyakannya dalam bahagian runcit yang mengendalikan platform beli-belah onlinenya.

Menurut sumber yang mengetahui perkara itu, lebih kurang 1,000 pekerja pejabat terjejas, termasuk di Amerika Syarikat, India dan Britain.

Pemberhentian kerja itu berlaku ketika Amazon menjalankan promosi jualan besar-besaran Prime Big Deal Days selama dua hari, bermula Selasa (6 Okt).

Jurucakap Amazon menyatakan syarikat itu menyusun semula sebahagian operasi runcitnya bagi membolehkannya melaksanakan keutamaan perniagaan dengan lebih berkesan.

Langkah terbaharu itu menyusuli pemberhentian sekitar 30,000 pekerja yang bermula tahun lalu dan berterusan hingga Januari.

Pengasas Amazon, Jeff Bezos, berkata dalam satu wawancara bahawa pemberhentian kerja diperlukan kerana syarikat itu mengambil terlalu ramai pekerja semasa pandemik COVID-19, apabila permintaan terhadap pembelian online melonjak.
Sumber : Reuters/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita