Skip to main content

Kewangan

Amazon beli gudang robotik pemula Canvas Technology

Amazon.com Inc pada Rabu (11 Apr) menyatakan ia sudah memperolehi Canvas Technology - sebuah syarikat pemula robotik di Boulder, Colorado - yang membangunkan sistem pemunggahan di mana ia boleh memindahkan barang-barangan di sekitar kawasan gudang.

Anggaran Waktu Membaca:
Amazon beli gudang robotik pemula Canvas Technology

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 11 Apr 2019 10:53AM Dikemas Kini : 11 Apr 2019 10:55AM

REUTERS: Amazon.com Inc pada Rabu (11 Apr) menyatakan ia sudah memperolehi Canvas Technology - sebuah syarikat pemula robotik di Boulder, Colorado - yang membangunkan sistem pemunggahan di mana ia boleh memindahkan barang-barangan di sekitar kawasan gudang.

Seorang jurucakap wanita Amazon bagaimanapun tidak mahu mengulas mengenai nilai perjanjian tersebut namun berkata kedua-dua syarikat "berkongsi visi yang sama bagi masa depan di mana manusia berkerja bersama sistem robotik untuk meningkatkan keselamatan serta pengalaman di tempat kerja. Kami mengharapkan kerjasama dengan pasukan hebat Canvas Technology untuk terus menghasilkan cipatan-ciptaan baru buat para pelanggan."

Peruncit online terbesar dunia itu kian mengautomasikan pusat-pusat barangannya dengan menggunakan robot, pada asalnya oleh Kiva Systems yang ia bersetuju untuk membelinya pada harga AS$775 juta (S$1.04 bilion) pada 2012.

Robot-robot itu memunggah barang-barang inventori dari rak-rak ke pekerja yang mengambil tempahan para pelanggan.

Amazon juga kian berminat dalam teknologi sedemikian. Baru-baru ini, ia menyertai satu pusingan pendanaan untuk mengumpul AS$530 juta (S$717 juta) bagi firma pemula kereta tanpa pemandu, Aurora Innovation Inc.

Perjanjian tersebut sebelum ini dilaporkan oleh TechCrunch. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita