Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Alvin Tan, Ng Wai King dilantik sertai lembaga pengarah MAS

Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan dan rakan pengurusan firma guaman WongPartnership Ng Wai King dilantik untuk menganggotai lembaga pengarah Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Anggaran Waktu Membaca:
Alvin Tan, Ng Wai King dilantik sertai lembaga pengarah MAS

Encik Alvin Tan (kiri) dan Encik Ng Wai King (kanak) dilantik untuk menganggotai lembaga pengarah Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkuatkuasa 22 November 2021.

Diterbitkan : 19 Nov 2021 05:07PM Dikemas Kini : 19 Nov 2021 05:15PM

SINGAPURA: Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan dan rakan pengurusan firma guaman WongPartnership Ng Wai King dilantik untuk menganggotai lembaga pengarah Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Pelantikan mereka akan berkuat kuasa dari 22 November sehingga 31 Mei 2024, menurut bank pusat itu pada Jumaat (19 Nov).

Encik Tan juga merupakan Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.

Sebelum menyertai Pemerintah pada September 2020, Encik Tan pernah bertugas di LinkedIn, Facebook dan Goldman Sach.

Encik Ng pula adalah anggota lembaga pemegang amanah Universiti Nasional Singapura (NUS), majlis pentadbiran Institut Pengarah Singapura (SID) dan jawatankuasa pengurusan Khidmat Keluarga Lakeside.

Beliau juga seorang pengarah dalam lembaga Wah Hin & Company dan Institut Pendidikan Undang-Undang Singapura.

Lembaga Pengarah MAS dipengerusikan oleh Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam dengan Menteri Kewangan Lawrence Wong sebagai timbalan pengerusinya.

Antara ahli lembaga pengarah yang lain adalah Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, Peguam Negara Lucien Wong, Pengarah Urusan MAS Ravi Menon dan Penasihat Khas Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, Lim Hng Kiang.

Sumber : CNA/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan